BENCANA NEGARA

75 LOKASI HOTSPOT BANJIR DIATASI DALAM TEMPOH ENAM BULAN - EXCO

07/07/2022 07:18 PM

MELAKA, 7 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri telah menyelesaikan masalah banjir di 75 daripada 124 lokasi panas atau hotspot banjir dalam tempoh enam bulan manakala bakinya sedang diselesaikan menerusi projek mitigasi jangka panjang.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri Datuk Rahmad Mariman berkata projek mitigasi jangka pendek dan sederhana itu turut melibatkan penambahan 14 lokasi baharu yang dikenal pasti berisiko dilanda banjir.

"Kerja-kerja pembaikan dan pemantaun itu dilakukan oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Beliau berkata 18 kawasan hotspot banjir juga telah digugurkan daripada senarai terkini bagi kawasan bencana banjir.

"Senarai ini akan sentiasa dikemas kini bagi memudahkan semua agensi terlibat memantau keadaan kawasan hotspot termasuklah dalam memberi keutamaan kerja-kerja pembinaan dan pembaikan bagi mengatasi bencana banjir,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan