BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
BENCANA NEGARA

Peras ugut pasangan kekasih didakwa berkhalwat, dua polis bantuan ditahan

07/08/2022 06:08 PM

JOHOR BAHRU, 7 Ogos (Bernama) -- Dua anggota polis bantuan di sebuah pusat beli belah di sini ditahan semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes memeras ugut sepasang kekasih yang didakwa berkhalwat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kedua-dua suspek, masing-masing berusia 25 dan 32 tahun, ditahan pada 9 malam susulan laporan yang dibuat oleh mangsa, 25.

Beliau berkata dalam insiden pada Jumaat lepas, pasangan kekasih itu, yang dipercayai berkhalwat di belakang bangunan pusat beli belah tersebut dalam sebuah kereta pada 10 malam, telah didatangi kedua-dua suspek yang meminta RM500 sebagai ganjaran agar mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang.

“Memandangkan pengadu tidak mempunyai wang tunai mencukupi, kedua-dua individu telah memintanya menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) beserta nombor pin untuk mengeluarkan sendiri wang tersebut di mesin ATM.

“Setelah itu pengadu dilepaskan namun pengadu telah menerima pesanan ringkas melalui telefon bimbit daripada pihak bank bahawa ada pengeluaran wang sebanyak RM1,000 dari akaunnya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata susulan penahanan kedua-dua suspek, pihaknya turut merampas wang tunai sebanyak RM1,000.

Beliau berkata mereka ditahan reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-218 2323 atau Pegawai Penyiasat Kanan S.Sivakumaran di talian 019-512 7410.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan