BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
BENCANA NEGARA

Rumah, kereta dan motosikal hangus dijilat api

12/08/2022 04:23 PM

JASIN, 12 Ogos (Bernama) -- Sebuah rumah di Kampung Serkam Darat di sini terbakar 60 peratus manakala tiga motosikal dan satu kereta hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 Dzulkarnain Abdul Halim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.19 pagi sebelum tiba di lokasi 19 minit kemudian.

“Sejurus tiba di lokasi pihak bomba mendapati berlaku kebakaran rumah jenis separuh kekal yang berkeluasan 40 x 40 kaki persegi dengan anggaran kebakaran 60 peratus.

“Kita juga dimaklumkan ketika kejadian terdapat seorang mangsa lelaki berusia 47 tahun berada di rumah itu bersendirian namun sempat menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dzulkarnain berkata operasi memadam kebakaran itu melibatkan dua jentera dengan kekuatan 12 anggota dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan BBP Bukit Katil.

"Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan sehingga operasi pemadaman kebakaran itu selesai. Punca kejadian masih dalam siasatan dan api kebakaran berjaya dikawal kira-kira 12.12 tengah hari tadi,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan