BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
BENCANA NEGARA

Kebakaran rumah: Kanak-kanak enam tahun rentung

15/08/2022 02:45 PM

KINABATANGAN, 15 Ogos (Bernama) -- Seorang kanak-kanak berumur enam tahun maut dalam kebakaran sebuah rumah di sini tengah malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan hari ini berkata mayat Mohd Adlinsyah Mohd Adsni ditemukan rentung di dalam bilik tidur rumah jenis tidak kekal itu di Kampung Perpaduan, di sini.

Menurutnya lain-lain anggota keluarga Mohd Adlinsyah yang terdiri daripada Mohd Adsni Sani (bapa), 43, Alina Sahari (ibu), 41, Mohd Isnain (abang), 12, dan Mohd Adlisyam (adik), 3, serta sepupu Mohd Ishak Hafsham, 15, melecur dalam kejadian itu.

Minah Kanawi (nenek), 77, dan seorang lagi adiknya Mohd Mikail, 3, terselamat dalam kejadian itu.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan bergegas ke tempat kejadian sejauh 26km dari balai, selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.40 tengah malam tadi,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan