BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
BENCANA NEGARA

Lima rumah teres musnah dalam kebakaran di Kampar

18/08/2022 04:03 PM

IPOH, 18 Ogos (Bernama) -- Lima rumah teres di Jalan Wah Long, New Wah Long dekat Kampar, musnah manakala sebuah rumah lagi hanya terbakar pada bahagian pagar dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima pangggilan kecemasan pada 2.10 pagi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dibantu BBP Gopeng dan Tapah bergegas ke lokasi kejadian.

"Lima rumah berkenaan musnah kira-kira 90 peratus namun kejadian tidak menyebabkan kehilangan nyawa atau kecederaan," katanya dalam kenyataan.

Jurucakap itu berkata operasi pemadaman tamat kira-kira 5 pagi.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan