BERITA PRU15   Dari Pantai Remis ke Putrajaya, Nga Kor Ming kini bergelar Menteri | PRU15 DUN Tioman: Calon perhebat kempen, manfaat tempoh yang ada | Salahuddin kembali ke Kabinet, bertukar portfolio | PRU15: Calon BN akur beri laluan kepada PH di Parlimen Padang Serai | SPR siap siaga hadapi banjir pada hari pengundian┬áDUN Tioman | 
BENCANA NEGARA

NAFAS agih hampir RM1 juta bantu mangsa terjejas bencana

05/10/2022 06:42 PM

BALING, 5 Okt (Bernama) -- Hampir RM1 juta peruntukan diagihkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sejak Januari hingga September lepas bagi membantu ahlinya yang terjejas akibat bencana di seluruh negara.

Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Zamri Yaakob berkata peruntukan di bawah Tabung Kumpulan Wang NAFAS itu memanfaatkan hampir 5,000 ahli dan diharap dapat membantu meringankan beban ditanggung.

“Sumbangan ini meliputi bukan sahaja mangsa banjir tetapi juga bencana-bencana lain termasuklah ribut, kemarau, wabak, kebakaran dan lain-lain lagi.

“Walaupun nilai disumbangkan tidak sebesar mana tetapi ini adalah keprihatinan NAFAS untuk membantu ahli-ahli peladang, tidak kira bencana apa yang mereka alami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan wang tunai sebanyak RM200 kepada 50 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baling yang terjejas akibat banjir Julai lepas di sini hari ini.

Zamri berkata selain bantuan kewangan, NAFAS juga menyediakan sumbangan bekalan barangan keperluan serta tenaga bagi misi pascabencana.

“Misi pascabencana ini kita buat kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), kita bantu mangsa bencana untuk lakukan kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama Zamri turut menyampaikan replika cek berjumlah RM50,000 kepada PPK Baling bagi membantu 250 ahli PPK kawasan itu yang terjejas akibat banjir Julai lepas.

“Sumbangan ini lanjutan daripada penyampaian sumbangan yang disalurkan pada 19 Julai lepas. Keseluruhan sumbangan berjumlah RM120,000 membabitkan 600 ahli PPK.

“Sumbangan ini diagihkan secara berperingkat kepada ahli peladang yang terjejas...program di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) NAFAS ini diharap dapat sedikit sebanyak meringankan beban kerugian ditanggung ahli peladang yang dilanda musibah banjir,” katanya.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan