BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
BENCANA NEGARA

PRU15: KESIAPSIAGAAN AGENSI DI BAWAH KDN DI TAHAP TINGGI - HAMZAH

18/11/2022 01:03 PM

PUTRAJAYA, 18 Nov (Bernama) -- Agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi untuk memastikan hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok berjalan lancar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata pihaknya turut bersedia dengan kemungkinan berlakunya banjir di mana-mana lokasi hotspot yang telah dikenal pasti di seluruh negara pada hari pengundian berlangsung.

“Simulasi (banjir dan PRU15) telah dibuat sebelum ini dan diharap tidak timbul situasi luar jangka kerana kita mahu rakyat Malaysia keluar mengundi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai-Pegawai Kadet Imigresen Gred KP41 dan Gred KP29 di sini hari ini.

Majlis perbarisan tamat latihan 193 pegawai kadet Imigresen itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hamzah berkata pegawai-pegawai kadet itu telah menjalani latihan selama empat bulan setengah di Akademi Imigresen Malaysia berbanding kursus sebelum ini yang hanya dijalankan selama 49 hari.

“Pemanjangan tempoh latihan ini adalah untuk meningkatkan kualiti pegawai supaya mendapat pendedahan yang mencukupi. Ia bagi memastikan pegawai berupaya menghadapi cabaran yang bakal mereka hadapi nanti terutamanya dari aspek integriti,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan