BENCANA NEGARA

KELANTAN HARAP SEMANGAT FEDERALISME KEKAL DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT - MENTERI BESAR

26/11/2022 06:49 PM

KOTA BHARU, 26 Nov (Bernama) -- Kelantan berharap kerajaan di bawah pimpinan baharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengekalkan hubungan yang baik dan semangat federalisme demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata walaupun berlainan pentadbiran antara negeri dan persekutuan namun  segala peruntukan bantuan dan projek kepada negeri itu perlu diteruskan.

"Mana-mana kerajaan yang mengambil alih (kepimpinan) dia akan ambil alih semua, bukan untuk hari ini sahaja kerana ia adalah tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Buku Darul Naim di Tunjong, di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan