BENCANA NEGARA

Rumah rosak akibat tanah runtuh di Rantau

02/12/2022 10:33 PM

SEREMBAN, 2 Dis (Bernama) -- Bahagian hadapan sebuah rumah teres roboh akibat tanah runtuh di Taman Sri Anggerik, Rantau, di sini petang tadi, berikutan hujan berterusan sejak tengah hari. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Mohd Izzuwan Abd Rahim berkata kejadian tanah runtuh itu turut merisikokan tiga lagi rumah di kawasan terbabit.

“Tiga orang daripada dua keluarga telah berpindah ke rumah saudara masing-masing. Pemantauan akan dilakukan di kawasan tersebut setiap dua jam sebelum pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengambil tindakan penyelenggaraan awal pagi esok,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya insiden itu juga di bawah pemantauan MBS kerana kejadian sama pernah berlaku pada 11 Nov lepas melibatkan runtuhan bahagian tebing sungai iaitu berhampiran kawasan perumahan tersebut.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan