BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
COVID-19

'Info on Wheels' bantu tingkat kesedaran tentang koronavirus

07/02/2020 11:20 PM

ALOR SETAR, 7 Feb -- Dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), Jabatan Penerangan Kedah mempergiat program 'Info on Wheels' (IOW) bermula 1 Feb lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Anuar Asha'ari berkata setakat ini pihaknya menjelajah 12 daerah di negeri ini dan melaksanakan 130 program di lokasi tumpuan awam seperti pasar sehari, kampung dan kedai makan sebagai tempat untuk memberikan maklumat dan mengedar risalah tentang virus berkenaan.

"Hebahan IOW mengenai koronavirus ini mengandungi maklumat tepat berhubung jangkitannya, langkah pencegahan, tanda-tanda jangkitan, bagaimana ia merebak serta langkah pencegahan dan usaha kerajaan bagi mengelakkan penularan.

"Kami telah pergi ke semua daerah di Kedah untuk menyampaikan maklumat mengenai koronavirus dan masyarakat menerima baik semua maklumat yang disampaikan,” katanya selepas program 'Info On Wheels' dan Ziarah Tahun Baharu Cina di Pokok Sena yang turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap usaha Jabatan Penerangan yang turun ke peringkat akar umbi dengan berjumpa masyarakat dan menyalurkan maklumat tepat dapat menangkis berita palsu yang semakin banyak disebarkan melalui laman media sosial.

"Banyak berita palsu disebarkan antaranya berkaitan koronavirus, tol dan e-Tunai Rakyat. Berita tidak tepat ini akan menyebabkan masyarakat panik dan takut, jadi usaha Jabatan Penerangan untuk turun padang menyampaikan maklumat yang tepat ini dilihat dapat membantu kerajaan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan