BERITA COVID–19   Peningkatan R-naught di N. Sembilan, MB ingatkan masyarakat patuh SOP | COVID: 1.8 peratus daripada 5,516 kes baharu kategori tiga, empat dan lima - KP Kesihatan | PEMIKIR minta kerajaan P.Pinang bina asrama warga asing di Zon Industri | Penularan COVID-19 negara terus catat trend penurunan - KP Kesihatan | COVID: Jumlah kes baharu di Sarawak bawah 1,000 untuk tiga hari berturut-turut | 
COVID-19

"Kita pandang remeh COVID-19", kata Presiden Suruhanjaya Eropah

18/03/2020 02:16 PM

BERLIN, 18 Mac -- Presiden Suruhanjaya Eropah berkata pada Selasa, Eropah sebelum ini terlalu memandang remeh novel koronavirus (COVID-19), lapor agensi berita Anadolu.

Ursula von der Leyen memberitahu akhbar Bild di Jerman, mungkin beberapa minggu lalu langkah untuk menentang virus ini dianggap terlalu kejam tetapi kini ia menjadi tindakan yang terpaksa diambil.

"Kita semua yang bukan pakar, pada awalnya memandang remeh COVID-19. Tetapi akhirnya virus itu membuatkan kita semua menjadi tidak keruan dan terpaksa berusaha keras untuk jangka masa yang lama," katanya sambil menambah penting untuk mematuhi pengisytiharan perintah berkurung yang dikenakan oleh beberapa negara EU.

Presiden Perancis Emmanual Macron menyifatkan perjuangan untuk mencegah virus itu umpama "peperangan," tetapi von der Leyen berkata:

"Saya sendiri tidak akan menggunakan perkataan itu, tetapi saya faham apa yang cuba disampaikan Presiden Perancis itu. Kerana COVID-19 musuh yang luar biasa. Kita tidak boleh melihatnya, tidak mempunyai warna, tidak boleh merasanya. Bagaimanapun, ia mengganas dengan hebat."

Keadaan itu juga memaksa WHO mengisytiharkan Eropah sebagai pusat penularan baharu pandemik COVID-19.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan