BERITA COVID–19   Peningkatan R-naught di N. Sembilan, MB ingatkan masyarakat patuh SOP | COVID: 1.8 peratus daripada 5,516 kes baharu kategori tiga, empat dan lima - KP Kesihatan | PEMIKIR minta kerajaan P.Pinang bina asrama warga asing di Zon Industri | Penularan COVID-19 negara terus catat trend penurunan - KP Kesihatan | COVID: Jumlah kes baharu di Sarawak bawah 1,000 untuk tiga hari berturut-turut | 
COVID-19

Berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk penuhi keperluan asas - MKN

18/03/2020 08:57 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini hingga 31 Mac ini kecuali untuk memenuhi keperluan asas, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

MKN, dalam kenyataan, berkata orang ramai juga diingatkan agar mengamalkan penjarakkan sosial daripada orang sekeliling supaya dapat mengelakkan jangkitan COVID-19.

Susulan pengisytiharkan perintah tersebut oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu, orang ramai diminta mematuhi semua peraturan yang diputuskan oleh pihak berkuasa, menurut kenyataan tersebut.

Menurut MKN, lanjutan daripada pengisytiharan itu, MKN dan Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama agensi kerajaan lain semalam bagi memperincikan pelaksanaannya agar perintah itu berjalan dengan baik dan lancar.

"Untuk memastikan keperluan orang ramai tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, terdapat perkhidmatan tertentu iaitu  ‘penting’ dan ‘bukan penting’ dibenarkan beroperasi.

"Bagi melaksanakan perintah tersebut, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan hari ini," menurut kenyataan itu.

Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota RELA turut telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Perkara itu perlu dipatuhi bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, MKN, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-88882010 sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkenaan perkara itu.

Berikut senarai perkhidmatan 'penting’ di bawah Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 yang dibenarkan beroperasi:

 

1. Perkhidmatan perbankan, kewangan dan bursa

  • Perkhidmatan ATM (beroperasi)
  • Perkhidmatan dalam talian (beroperasi)
  • Pengurusan mesin ATM/ CDM/ Cek/ keselamatan (beroperasi)
  • Pentadbiran am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
  • Perkhidmatan kaunter (beroperasi pada kadar minimum)
  • Bursa Saham (beroperasi)

2. Perkhidmatan elektrik dan tenaga

  • Pembaikan/ penyelenggaraan/ operasi  (beroperasi)
  • Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minima/ bekerja dari rumah)

 3. Perkhidmatan bomba

  • Operasi kebombaan (beroperasi)
  • Bilik gerakan (beroperasi)
  • Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)

4. Perkhidmatan Pelabuhan dan Lapangan Terbang 

  • Operasi Pelabuhan dan Lapangan Terbang  (beroperasi)
  • Pentadbiran Am / lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)

5. Perkhidmatan Pos dan Kurier

  • Operasi Pos /Kurier (beroperasi)
  • Perkhidmatan Kaunter (beroperasi)
  • Pentadbiran am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/bekerja dari rumah)

 6. Penjara/Pusat tahanan sementara/ Depo Imigresen/Pusat Serenti/ Lokap

  • Operasi (beroperasi)
  • Lawatan /Kunjungan (beroperasi)
  • Pentadbiran am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/bekerja dari rumah)

 7. Bahan Api dan Pelincir 

  • Stesen Minyak (beroperasi)
  • Pengeluaran/penapisan /penyimpanan/pembekal/pengedaran (beroperasi)
  • Pentadbiran Am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)

8. Perkhidmatan Kesihatan

  • Operasi Kesihatan/ Klinik/ Farmasi Awam dan Swasta/ Kedai Ubat Tradisional berdaftar/ Veterinar/ Pusat Dialisis (beroperasi)
  • Pusat Rawatan Alternatif (Tutup)
  • Pentadbiran Am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
  • Lawatan pesakit (tidak dibenarkan kecuali kes-kes kritikal berdasarkan peraturan semasa Kementerian Kesihatan Malaysia)

 9. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembentungan

  • Operasi (beroperasi)
  • Pentadbiran Am/ lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/bekerja dari rumah)

10. Perkhidmatan Penyiaran/ Penerangan 

  • Hebahan maklumat dan Operasi (beroperasi)
  • Pentadbiran Am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)

11. Perkhidmatan Telekomunikasi

  • Penyelenggaraan/Operasi (beroperasi)
  • Pentadbiran Am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)
  • Perkhidmatan Kaunter (tutup)
  • Pusat Data (beroperasi)
  • Pusat Panggilan 'call centre' (beroperasi)

 12. Pengangkutan darat/laut/udara (termasuk e-hailing)

  • Operasi /penyelenggaraan (beroperasi)
  • Pentadbiran Am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)

13. Perkhidmatan Air

  • Pembaikan/penyelenggaraan/operasi (beroperasi)
  • Pentadbiran am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum)

14. Perkhidmatan-perkhidmatan penting kerajaan

[Badan Berkanun, Penerbangan Awam, Kastam Eksais, Imigresen, Marin (APMM & Jabatan Laut) , Kaji Cuaca, Percetakan, Pendaftaran, JPJ]

  • Perkhidmatan kaunter (beroperasi pada kadar minimum)
  • Penguatkuasaan (beroperasi)
  • Pentadbiran Am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum)

15. Keselamatan/ pertahanan (PDRM dan ATM)

  • Operasi dan penguatkuasaan (beroperasi)
  • Pentadbiran Am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum)
  • Kursus dan latihan (ditangguh)

16. Industri dan Perniagaan berkaitan Keselamatan/Pertahanan

  • Operasi/ penyelenggaraan/ pembekalan/ perkhidmatan (beroperasi)
  • Pentadbiran Am lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/bekerja dari rumah)

17. Pembekalan dan Perkhidmatan penyediaan makanan

(Restoran/warung, penjaja kecil/trak makanan/medan selera restoran dalam hotel)

  • Pembekalan bahan mentah (dibenarkan)
  • Pembungkusan (dibenarkan)
  • Penghantaran (dibenarkan)
  • Makan di kedai (tidak dibenarkan)
  • Pandu lalu (dibenarkan)

18. Peruncitan (Kedai runcit/serbaneka/ pasar raya/pasar awam/ pasar borong)

  • Operasi (dibenarkan)
  • Pembelian keperluan (mengehadkan jumlah pembeli kepada satu keluarga)
  • Pasar malam/pasar tani (tidak dibenarkan)
  • Pusat beli-belah (tutup kecuali bahagian peruncitan barangan dapur dan makanan
  • Penghantaran (dibenarkan)

19. Perkhidmatan dalam talian

  • Operasi (dibenarkan)

20. E-dagang

  • Operasi (dibenarkan)

21. Pengurusan hidupan liar

  • Operasi (dibenarkan)
  • Pentadbiran Am/lain-lain (beroperasi pada kadar minimum/ bekerja dari rumah)

22. Perhotelan/ Inap Desa/Penginapan Berbayar

  • Operasi penginapan (dibenarkan tetapi perlu berada di dalam bilik penginapan mengikut tempoh kuarantin dan tempahan sajian secara room service)
  • Operasi sampingan [kolam renang, pub gym/bar/ restoran/ spa] (tidak dibenarkan)
  • Dapur sajian (dibenarkan beroperasi hanya untuk tujuan 'room service' sahaja)

Berikut merupakan perkhidmatan 'bukan penting’ di bawah Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19:

1. Pembaikan kenderaan 

  • Perkhidmatan pembaikan beroperasi pada kadar minimum
  • Perkhidmatan Tunda (dibenarkan)

2. Pembinaan dan Pengubahsuaian

  • Infrastruktur dalam pembinaan yang melibatkan keselamatan (dibenarkan tertakluk kepada penilaian Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)

3. Keagamaan

  • Perhimpunan agama (dilarang)
  • Pengurusan kematian (dibenarkan dengan penglibatan minimum)

4. Sukan atau riadah awam (tidak dibenarkan/ditutup)

5. Sosial dan budaya

  • Perhimpunan/persembahan/konsert/busking/zumba/kelab malam/disko/bar/karaoke/panggung wayang/pusat hiburan keluarga/fun fair/arcade (dilarang dan ditutup)
  • Majlis kenduri/keraian (tidak dibenarkan)

6. Pergerakan dalam negara (tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan mendapatkan keperluan asas dan akses kesihatan)

7. Pergerakan ke luar negara

  • Warganegara (tidak dibenarkan)
  • Bukan Warganegara (dibenarkan)
  • Kepulangan warganegara ke tanah air (dibenarkan dengan menjalani pemeriksaan dan kuarantin 14 hari)

8. Kemasukan warga asing (tidak dibenarkan- kecuali mempunyai taraf diplomatik, penduduk tetap dan pegawai dagang (expatriate) dalam perkhidmatan 'penting' dan mesti dikuarantin 14 hari berdasarkan kepada kes).

9. Warga Malaysia yang bekerja di Singapura/Thailand/Brunei/Indonesia (tidak dibenarkan)

 

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan