BERITA COVID–19   NS minta Kerajaan Persekutuan timbang beri dos penggalak kepada Exco, ADUN | Hanya 1.6 peratus daripada 6,148 kes baharu COVID kategori tiga, empat dan lima - KP | Tiada kes COVID-19 di Penjara Reman P.Pinang sejak September | Permohonan moratorium di bawah PEMULIH masih dibuka - MOF | COVID: Majlis hari jadi cetus kluster Kimolohing di Ranau | 
COVID-19

MIDA tutup pejabat, berhubung dengan pihak berkepentingan melalui platform digital

18/03/2020 02:38 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah membuat pengaturan kerja dari rumah dan akan menggunakan pelbagai platform digital untuk berhubung dengan pihak berkepentingan ketika Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari.

MIDA berkata ia menutup semua premisnya di KL Sentral dan seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Mac dalam usaha mencegah penularan COVID-19.

"MIDA akan terus responsif dalam memberikan nasihat dan sokongan kepada pelanggannya.

"Para pegawai MIDA, terutamanya para pengarah dan timbalan pengarah boleh dihubungi dengan mudah melalui e-mel mereka masing-masing di https://tinyurl.com/MIDAcontact atau melalui investmalaysia@mida.gov.my," katanya dalam satu kenyataan.

Lebih banyak maklumat dan kemas kini boleh didapati di www.mida.gov.my atau di Twitter, Instagram, Facebook dan LinkedIn.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lepas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan juga Akta Polis 1967, yang merangkumi pelbagai aktiviti.

-- BERNAMA 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan