BERITA COVID–19   NS minta Kerajaan Persekutuan timbang beri dos penggalak kepada Exco, ADUN | Hanya 1.6 peratus daripada 6,148 kes baharu COVID kategori tiga, empat dan lima - KP | Tiada kes COVID-19 di Penjara Reman P.Pinang sejak September | Permohonan moratorium di bawah PEMULIH masih dibuka - MOF | COVID: Majlis hari jadi cetus kluster Kimolohing di Ranau | 
COVID-19

Perjumpaan keluarga dan penghuni, lawatan di penjara ditangguh

18/03/2020 03:27 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Sesi perjumpaan antara keluarga dengan penghuni di seluruh institusi Penjara Malaysia ditangguhkan serta merta berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini.

Jabatan Penjara Malaysia berkata dalam satu kenyataan media penangguhan itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 31 Mac.

Menurut kenyataan itu, penangguhan berkenaan juga termasuk lawatan ke Muzium Penjara Bandar Hilir, Melaka, Program dan Lawatan melibatkan pihak peguam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), kedutaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Tindakan diambil adalah bagi mencegah penularan wabak Koronavirus 2019 (COVID-19) dalam institusi penjara, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan