BERITA COVID–19   Peningkatan R-naught di N. Sembilan, MB ingatkan masyarakat patuh SOP | COVID: 1.8 peratus daripada 5,516 kes baharu kategori tiga, empat dan lima - KP Kesihatan | PEMIKIR minta kerajaan P.Pinang bina asrama warga asing di Zon Industri | Penularan COVID-19 negara terus catat trend penurunan - KP Kesihatan | COVID: Jumlah kes baharu di Sarawak bawah 1,000 untuk tiga hari berturut-turut | 
COVID-19

Shopee beroperasi seperti biasa, sedia barangan perlu

18/03/2020 03:35 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Operasi perniagaan Shopee yang juga peneraju platform e-dagang diteruskan seperti biasa walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari pada 18-31 Mac ini, bagi membendung penularan COVID-19.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata kesemua barangan keperluan harian seperti tisu basah, topeng penutup hidung dan muka, cecair pembasmi kuman, minyak masak, makanan dalam tin, kopi, ikan dan sayuran akan terus ditawarkan di platform tersebut.

“Pada masa sama, kami turut bekerjasama rapat dengan rakan kongsi, peruncit, pembekal seperti Mydin, Tesco, Nestle, Aeon Big, Freshtap.my serta lain bagi memastikan bekalan mencukupi untuk menampung keperluan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas Shopee Mart, Ho berkata pihaknya mempunyai simpanan kira-kira 10,000 jenis produk.

“Shopee juga akan mengambil langkah tambahan dengan mengehadkan bilangan barangan keperluan utama yang boleh dibeli oleh setiap pelanggan demi memastikan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kedudukan ekonomi, mendapat akses secara adil terhadap barangan tersebut.

“Selain itu, kami akan turut menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari berikutnya di Lembah Klang dan wilayah selatan Malaysia bagi pesanan yang dibuat menerusi Shopee Mart sebelum 10 pagi setiap hari, kecuali Ahad dan cuti umum,” katanya.

Syarikat itu akan turut menyediakan kemudahan penghantaran di seluruh negara secara percuma bagi mengurangkan kos pada tempoh ini, kecuali bagi penghantaran pesanan ke alamat pejabat yang akan dilaksanakan selepas 1 April ini.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan