BERITA TERGEMPAR   Helicopter crash tragedy affects families of Malaysian Armed Forces, a big loss to the nation - PM Anwar | RMN helicopter crash: PM Anwar expresses condolences, prays the victims' families be given strength in time of tragedy | Tragedi helikopter terhempas beri kesan kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia, kehilangan besar buat negara - PM Anwar | Agong saddened by RMN helicopter crash in Lumut, sends his condolences to victims' families | Tragedi helikopter terhempas beri kesan kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia, kehilangan besar buat negara - PM Anwar | 
COVID-19

Persiapan rapi terima 55 individu dibawa pulang dari Iran - Rina

21/03/2020 06:08 PM

NILAI, 21 Mac -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berpuas hati dengan persiapan rapi pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Pemantauan di sini untuk menerima kepulangan 55 individu dari Iran esok.

Beliau berkata pusat berkenaan akan menempatkan individu yang terkandas di Iran itu susulan peningkatan penularan COVID-19 di negara berkenaan dan dijangka tiba di tanah air awal pagi esok menerusi misi khas yang dilaksanakan kerajaan.

"Daripada 55 individu, lapan daripadanya adalah warga Singapura dan seorang warga Indonesia. Kesemua mereka dijangka tiba di sini (Pusat Pemantauan) pada pukul 10.30 pagi,” katanya di sini, hari ini.

Turut akan ditempatkan di Pusat Pemantauan itu adalah 23 petugas misi dan kru penerbangan, katanya kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas meninjau kemudahan dan persiapan di Pusat Pemantauan di sini, hari ini.

Rina berkata JKM akan memainkan peranannya bersama agensi lain dalam menyelaraskan soal kebajikan individu berkenaan di Pusat Pemantauan.

“Ini termasuk dalam soal penyediaan makanan, aduan, khidmat kaunselor dan juga komunikasi. Selain itu, SOP (prosedur operasi standard) yang kita pakai adalah sama seperti sebelum ini cumanya ditambah baik,” katanya. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan