BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
COVID-19

SSM dijangka buat pengumuman baharu berkaitan penutupan sementara operasi

26/03/2020 10:00 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac  -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dijangka akan membuat pengumuman sama ada akan melanjutkan tempoh penutupan sementara operasinya di seluruh negara berikutan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, 2020.

PKP tersebut dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Dalam kenyataan sebelum ini, SSM berkata penutupan sementara operasi ini akan melibatkan perkhidmatan kaunter, dalam talian, e-aduan, kiosk dan perkhidmatan pusat panggilan SSM sehingga perintah kawalan berakhir.

"Semua transaksi di bawah Akta Syarikat 2016, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 perlu diserah simpan atau dikemukakan kepada Pendaftar selepas tempoh perintah kawalan berakhir.

"Tempoh moratorium selama dua minggu selepas tempoh perintah kawalan berakhir akan diberikan bagi membolehkan permohonan atau serah simpan dibuat. Dalam tempoh moratorium tersebut, fi lewat serah simpan akan dikecualikan," menurut SSM. 

Katanya syarikat yang ingin membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh mengadakan mesyuarat agung tahunan bagi tempoh melebihi enam bulan dari tahun kewangannya berakhir boleh mengemukakan permohonan tersebut selepas tempoh PKP berakhir.

Dalam pada itu, SSM berkata ia akan sentiasa peka dan memantau perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19 yang dikeluarkan oleh kerajaan dan memaklumkan kepada pihak awam berhubung keputusan membabitkan SSM.

"Operasi SSM akan kembali beroperasi seperti biasa selepas PKP berakhir dan tertakluk kepada arahan terkini yang dikeluarkan kerajaan," menurut SSM. 

Katanya maklumat lanjut akan menyusul di portal www.ssm.com.my dan laman media sosial SSM.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan