COVID-19

Indeks jenayah di Selangor menurun 1,048 kes sejak 1 Jan

20/04/2020 06:18 PM

SHAH ALAM, 20 April -- Indeks jenayah di Selangor turun sebanyak 18.31 peratus atau 1,048 kes dalam tempoh 1 Jan hingga semalam.

Jurucakap Ops COVID-19 Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata bagi tempoh itu, sebanyak 4,675 kes direkod merangkumi jenayah kekerasan dan harta benda berbanding 5,723 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Jenayah kekerasan yang mencatatkan 1,292 kes pada 1 Jan hingga 19 April 2019 menurun 23 peratus kepada 995 kes bagi tempoh sama tahun ini. Jenayah harta benda juga menurun 16.95 peratus daripada 4,431 kes kepada 3,680 kes.

Pada masa sama juga, jenayah jalanan turut menurun 28.18 peratus daripada 866 kes tempoh sama tahun lepas kepada 622 kes,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata antara kemungkinan yang mendorong kepada penurunan statistik itu adalah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan orang awam tidak keluar daripada rumah seterusnya mengurangkan risiko berlakunya jenayah.

Justeru kata Muhammad Yazid, selain semua pihak bekerjasama mencegah penularan wabak COVID-19 sepanjang PKP, polis juga memohon masyarakat supaya bersama-sama mengekang sebarang kejadian jenayah

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan