COVID-19

Patuh PKPB dalam menyambut hari raya - Tengku Hassanal

23/05/2020 08:14 PM

KUANTAN, 23 Mei -- Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat negeri ini untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan pada sambutan Aidilfitri esok.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, berkata Tengku Hassanal bertitah bahawa sambutan Aidilfitri kali ini perlu mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara. 

"Baginda menasihatkan rakyat untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga serta menghindari daripada menghadiri perhimpunan ramai terutamanya pada musim perayaan ini. 

"Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan meliputi petugas kesihatan dan keselamatan serta semua yang sentiasa bertungkus-lumus memastikan wabak COVID-19 di Malaysia terkawal," katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini. 

Ahmad Khirrizal berkata Tengku Hassanal juga mendoakan rakyat Pahang sentiasa berada dalam keadaan sihat dan semoga Allah sentiasa melindungi negeri ini daripada wabak, bencana serta malapetaka. 

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan