Selasa, 29 September 2020

11,135

Jumlah kes

101

Kes baharu

9,939

Jumlah discaj

134

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 29 SEP 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
05/08/2020 06:31 PM

PUTRAJAYA, 5 Ogos -- Tiada sebarang halangan untuk mana-mana warga asing yang ingin pulang ke negara asal sekiranya mereka tidak termasuk golongan tinggal lebih masa.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata kebenaran itu diberikan kepada mereka yang tamat Pas Lawatan Sosial (PLS) sejak Januari tahun ini.

“Namun bagi mereka yang telah tinggal lebih masa sejak tahun lepas, golongan ini akan dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM1,000.

"Mereka perlu datang ke jabatan imigresen untuk mendapatkan pas khas dan membayar kompaun RM1,000 jika mereka tinggal lebih masa selama setahun. Dibayar oleh mereka sendiri," katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di sini hari ini.

Beliau juga berkata sekiranya warga asing itu didapati tinggal melebihi tempoh setahun, maka mereka akan dikenakan bayaran maksimum RM3,000.

"Kompaun maksimum ialah RM3,000 kalau lebih setahun. Jika mereka tinggal melebihi tempoh setahun, kompaun maksimum ialah RM3,000," katanya.

Pada Jun lepas, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memutuskan warga asing yang pas lawatan sosialnya tamat tempoh semasa PKP boleh ke Jabatan Imigresen untuk mendapatkan lanjutan tempoh.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi warga asing yang pas lawatan sosial tamat tempoh ketika PKP Pemulihan (PKPP) pula, mereka boleh terus ke lapangan terbang untuk pulang ke negara masing-masing dalam tempoh 14 hari dari tarikh PKPP tamat.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat berkata Ketua Pengarah Imigresen boleh menggunakan perundangan sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana warga asing yang 'tidak dikehendaki' di Malaysia.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan