Selasa, 29 September 2020

11,135

Jumlah kes

101

Kes baharu

9,939

Jumlah discaj

134

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 29 SEP 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
05/08/2020 07:51 PM

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 5 Ogos -- Singapura mengesahkan 908 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam dengan majoriti melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam data ringkas yang dikeluarkan pada tengah hari ini, kebanyakan pekerja telah diuji semasa tempoh pengasingan atau kuarantin meskipun tidak menunjukkan bergejala.

Mereka adalah kumpulan pekerja terakhir yang diuji dan dari asrama dengan risiko jangkitan COVID-19 yang tinggi.  

Oleh itu, kementerian menjangkakan kes harian akan meningkat dalam masa beberapa hari akan datang sebelum kembali berkurangan selepas pembersihan asrama selesai.

"Kami mengikut jadual untuk membersihkan semua asrama pada 7 Ogos, kecuali beberapa blok yang dijadikan kemudahan kuarantin.

“Ketika ini terdapat 9,700 pekerja di kemudahan kuarantin ini. Mereka akan menjalani tempoh pengasingan selama 14 hari dan tertakluk kepada ujian akhir sebelum mereka kembali bekerja,” jelasnya.

Menurut kementerian itu lagi, terdapat empat kes dalam komuniti dan empat kes import yang dilaporkan hari ini.

Kes terbaharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu kini sebanyak 54,254 kes.

Menerusi data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 725 kes sebagai kes import, 2,184 kes komuniti dan 50,437 penghuni asrama.

Sehingga kini, 27 orang maut akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di sini.

Tiada kluster baharu dikenal pasti semalam.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan