COVID-19

COVID-19: 11 kes baharu dilaporkan hari ini - KP Kesihatan

10/08/2020 06:10 PM

PUTRAJAYA, 10 Ogos -- Kes positif COVID-19 di Malaysia terus meningkat hari ini dengan 11 kes baharu dilaporkan dengan lima daripadanya merupakan kes import melibatkan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam lagi kes merupakan penularan dalam negara, melibatkan lima warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara. 

“Bagi kes import, tiga kes adalah dari Australia, satu kes dari Jepun dan satu kes dari Singapura. 

“Manakala bagi penularan tempatan, satu kes dikesan di Johor, tiga kes di Perak melibatkan kluster Kurau, satu kes di Melaka dan satu kes melibatkan bukan warganegara di Selangor,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini. 

Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata 19 kes telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,803 kes (96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, beliau memaklumkan bahawa terdapat satu kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada pesakit COVID-19 memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 125 kes, katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan