COVID-19

Bank Islam beri bantuan kewangan berjumlah RM37.9 bilion

24/01/2021 09:45 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jan  --Bank Islam Malaysia Bhd telah membantu seramai 350,000 individu dan syarikat perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 menerusi bantuan kewangan dengan jumlah pembiayaan yang tertunggak sekitar RM37.9 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata sejak program Bantuan Pembayaran Semula Bersasar Bank Islam pada Oktober tahun 2020, hampir 24,000 permohonan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM3 bilion telah diluluskan di bawah program tersebut.

"Sebagai bank yang bertanggungjawab, kami mahu membantu pelanggan menguruskan kewajipan kewangan mereka, terutama pada masa yang sukar ini.

“Bank Islam telah berhubung dengan pelanggan secara konsisten untuk memberikan sokongan kepada mereka. Kami kekal komited untuk membantu mereka dalam menempuh masa yang sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Bank Islam memberi jaminan bahawa perkhidmatan perbankannya dapat terus diakses melalui platform perbankan mudah alih dan dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memenuhi keperluan perbankan pelanggannya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan