BERITA COVID–19   Lebih separuh remaja Sabah terima dos pertama vaksin COVID-19 | Dua lokaliti di Pahang dikenakan PKPD mulai Selasa - MKN | COVID: Hanya 1.5 peratus kes kategori tiga, empat dan lima | Kes baharu turun kepada 13,104 hari Ahad - KP Kesihatan | Kesiapsiagaan negara hadapi pandemik perlu diberi perhatian dalam RMK12 | 
COVID-19

Vaksinasi harian COVID-19 melebihi 500,000 dos enam hari berturut-turut

01/08/2021 11:22 AM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos -- Jumlah vaksinasi harian COVID-19 di negara ini mencatat angka melebihi 500,000 dos selama enam hari berturut-turut dengan 519,111 dos suntikan diberikan semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata daripada jumlah yang diberikan semalam, sebanyak 316,492 adalah dos pertama manakala 202,619 lagi dos kedua. 

Secara kumulatifnya, sebanyak 20,533,660 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada 24 Feb lalu.

Jumlah itu meliputi 13,816,971 untuk suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,716,689 lagi bagi dos kedua.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan