BERITA COVID–19   Lebih separuh remaja Sabah terima dos pertama vaksin COVID-19 | Dua lokaliti di Pahang dikenakan PKPD mulai Selasa - MKN | COVID: Hanya 1.5 peratus kes kategori tiga, empat dan lima | Kes baharu turun kepada 13,104 hari Ahad - KP Kesihatan | Kesiapsiagaan negara hadapi pandemik perlu diberi perhatian dalam RMK12 | 
COVID-19

Maritim Johor Bantu bawa tiga pesakit COVID-19 dari Pulau Aur ke Hospital Mersing

01/08/2021 02:47 PM

JOHOR BAHRU, 1 Ogos -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Johor telah membantu memindahkan tiga pesakit COVID-19 dari Pulau Aur ke Jeti Syahbandar, Mersing, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Zon Maritim Mersing telah menerima panggilan daripada Pejabat Daerah Mersing yang memohon bantuan membawa tiga penduduk pulau berkenaan yang dijangkiti COVID-19 ke Hospital Mersing.

Beliau berkata Bot Perkasa 31 Zon Maritim Mersing bersama lima anggota Maritim Malaysia lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE), telah ditugaskan ke Pulau Aur bagi melaksanakan khidmat perpindahan perubatan (MEDEVAC) itu.

"Perkasa 31 tiba di lokasi pada pukul 3.30 petang dan terus memindahkan tiga pesakit wanita yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 77 tahun itu untuk dibawa ke Jeti Syahbandar. 

"Perjalanan dari Pulau Aur ke Jeti Syahbandar mengambil masa dua jam. Sebaik tiba di jeti berkenaan, pesakit terus dipindahkan ke ambulans yang telah bersedia menunggu untuk ke Hospital Mersing bagi rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 Kesemua anggota Maritim Malaysia dan Bot Perkasa 31 yang terlibat kemudiannya telah disanitasi dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan