COVID-19

Semua pekerja di Itali wajib ada sijil kesihatan COVID-19

17/09/2021 11:59 AM

AMMAN, 17 Sept  -- Itali pada Khamis meluluskan beberapa peraturan anti-COVID disifatkan paling ketat di dunia dengan mewajibkan semua pekerja mempamerkan bukti vaksinasi, negatif ujian saringan atau telah pulih daripada jangkitan.

Menurut Agensi Berita Jordan (PETRA), peraturan baharu itu berkuat kuasa pada 15 Oktober dalam usaha Perdana Menteri Mario Draghi menggalakkan rakyatnya menerima suntikan vaksin COVID-19 berikutan negara berkenaan antara yang paling teruk dilanda pandemik.

Pekerja yang gagal mempamerkan sijil kesihatan akan digantung kerja tanpa gaji tetapi tidak dipecat, katanya kepada wartawan selepas menghadiri mesyuarat Kabinet.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan