COVID-19

COVID: Kes baharu catat 17,577, Sarawak kekal rekod jangkitan tertinggi - KP Kesihatan

17/09/2021 04:33 PM

KUALA LUMPUR, 17 Sept -- Kes baharu COVID-19 dalam negara hari ini mencatat penurunan apabila merekodkan 17,577 kes berbanding 18,815 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di media sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,067,327.

Beliau berkata Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,480 kes, disusuli Selangor (2,646) dan Johor dengan 2,334 kes.

Empat negeri pula mencatatkan kes baharu melebihi 1,000 iaitu Perak dengan 1,596 kes, Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462) dan Kedah (1,173).

Negeri-negeri lain pula merekodkan kes di bawah empat angka iaitu Kelantan (869), Pahang (832), Terengganu (719), Kuala Lumpur (366), Melaka (287), Negeri Sembilan (198), Perlis (41), Putrajaya (31) dan Labuan (10).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam adalah 76 peratus daripada 1,611 katil, manakala katil bukan ICU sebanyak 70 peratus daripada 17,043 katil.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan