COVID-19

COVID: 15,549 kes baharu, menurun berbanding semalam - KP Kesihatan

18/09/2021 04:33 PM

KUALA LUMPUR, 18 Sept  -- Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan perkembangan yang baik apabila menurun kepada 15,549 kes setakat 12 tengah hari ini, berbanding 17,577 kes semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya hari ini memaklumkan angka kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes tersebut kini 2,082,876. 

Menurutnya Sarawak mencatat jumlah kes tertinggi dengan 2,929 kes diikuti Johor (2,208), Selangor (1,995), Sabah (1,395), Pulau Pinang (1,375) dan Kelantan (1,214). 

Seterusnya, Perak dengan 1,120 kes, Kedah (1,073), Terengganu (755), Pahang (634), Kuala Lumpur (382), Melaka (263), Negeri Sembilan (131), Perlis (33),  Putrajaya (31) dan Labuan (11), katanya. 

Sementara itu, menerusi maklumat infografik di Twitternya, Dr Noor Hisham berkata kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 sehingga 5 petang semalam ialah 68 peratus daripada 17,028 katil bagi penggunaan bukan unit rawatan rapi (ICU) manakala bagi katil ICU kes wabak itu ialah 76 peratus daripada 1,611 katil.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan