BERITA COVID–19   NS minta Kerajaan Persekutuan timbang beri dos penggalak kepada Exco, ADUN | Hanya 1.6 peratus daripada 6,148 kes baharu COVID kategori tiga, empat dan lima - KP | Tiada kes COVID-19 di Penjara Reman P.Pinang sejak September | Permohonan moratorium di bawah PEMULIH masih dibuka - MOF | COVID: Majlis hari jadi cetus kluster Kimolohing di Ranau | 
COVID-19

COVID: Tiga kluster baharu diisytihar di Sarawak - JPBN

24/09/2021 08:24 PM

KUCHING, 24 Sept -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengisytiharkan pengesanan tiga kluster baharu yang terdiri daropada dua kluster komuniti dan satu kluster tempat kerja.

JPBN Sarawak dalam kenyataan memaklumkan Kluster Sungai Merusa melibatkan penduduk sebuah rumah panjang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Sungai Merusa di Subis dengan 44 orang didapati positif termasuk kes indeks setakat ini.

“Kluster Kanawa Baram di Marudi membabitkan penduduk di sebuah perkampungan di bawah PKPD dengan 29 orang didapati positif termasuk kes indeks,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya Kluster Haidah di Bintulu pula melibatkan pekerja dan kru sebuah kapal logistik dan pengangkutan yang sedang berlabuh di pesisir pantai Bintulu dan dikuarantin, serta dikenakan PKPD dengan 92 orang didapati positif termasuk kes indeks setakat ini.

Sarawak hari ini merekodkan 2,825 kes baharu COVID-19 dengan 99.54 peratus dikategorikan sebagai tidak bergejala dan bergejala ringan manakala 0.46 peratus lagi mengalami jangkitan paru-paru yang memerlukan oksigen dan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kematian akibat jangkitan wabak itu meningkat kepada 739 selepas 14 kes kematian baharu  dilaporkan, iaitu lapan kes dicatatkan antara 14 hingga 21 Sept, lima kes lagi direkodkan pada 22 Sept dan satu kes semalam.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan