BERITA COVID–19   NS minta Kerajaan Persekutuan timbang beri dos penggalak kepada Exco, ADUN | Hanya 1.6 peratus daripada 6,148 kes baharu COVID kategori tiga, empat dan lima - KP | Tiada kes COVID-19 di Penjara Reman P.Pinang sejak September | Permohonan moratorium di bawah PEMULIH masih dibuka - MOF | COVID: Majlis hari jadi cetus kluster Kimolohing di Ranau | 
COVID-19

PKPD Kampung Bambangan di Sabah mulai Isnin ini - MKN

25/09/2021 08:50 PM

KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Kampung Bambangan di Telupid,  Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin ini sehingga 10 Oktober, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan.

Dalam pada itu, PKPD di Ladang Insanjaya dan Ladang Darabif di Pekan, Pahang dan Taman Semarak Mega di Tawau, Sabah masing-masing ditamatkan hari ini mengikut jadual.

PKPD di Perumahan IOI Plantation Unico Oil Mill Sdn Bhd di Segama dekat Lahad Datu dan Kampung Dumpiring Bawah, Ranau di Sabah serta Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Simpangan di Pengkalan Kubur dekat Tumpat, Kelantan, turut ditamatkan hari ini sehari lebih awal daripada jadual.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan