BERITA COVID–19   NS minta Kerajaan Persekutuan timbang beri dos penggalak kepada Exco, ADUN | Hanya 1.6 peratus daripada 6,148 kes baharu COVID kategori tiga, empat dan lima - KP | Tiada kes COVID-19 di Penjara Reman P.Pinang sejak September | Permohonan moratorium di bawah PEMULIH masih dibuka - MOF | COVID: Majlis hari jadi cetus kluster Kimolohing di Ranau | 
COVID-19

Lebih separuh remaja Sabah terima dos pertama vaksin COVID-19

26/09/2021 08:37 PM

KOTA KINABALU, 26 Sept  -- Lebih separuh atau 50.5 peratus penduduk remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sabah telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun. 

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata semalam 20,148 remaja telah menerima suntikan vaksin itu menjadikan jumlah kumulatif remaja menerima dos pertama seramai 215,249 orang. 

"Ini angka memberangsangkan sejak Sabah memberi kebenaran suntikan vaksin bermula 16 Sept lepas," katanya menerusi kenyataan malam ini. 

Masidi berkata sehingga semalam juga lebih 1.68 juta atau 61.2 peratus penduduk di negeri ini telah menerima suntikan lengkap vaksin itu. 

Sementara itu, beliau berkata Sabah merekodkan 1,078 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 194,264 kes. 

"Bilangan pesakit sembuh ialah 2,394 orang menjadikan jumlah kumulatif 173,450 orang manakala 3,493 orang masih menerima rawatan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan