COVID-19

Filipina kesan jangkitan tempatan subvarian Omicron BA.2.12.1 

17/05/2022 05:48 PM

MANILA, 17 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Filipina pada Selasa mengesahkan penularan tempatan melibatkan kes subvarian Omicron BA.2.12.1, lapor Xinhua.

Timbalan Setiausaha Kesihatan Maria Rosario Vergeire berkata kluster tempatan membabitkan varian BA.2.12.1 dikesan di Metro Manila, wilayah Visayas Barat dan bandar Puerto Princesa di wilayah Palawan.

"Ini bermakna kes yang dikesan di wilayah ini tidak mempunyai kaitan dengan kes import," kata Vergeire dalam taklimat media secara maya.

Filipina telah mengesan 17 kes membabitkan subvarian BA.2.12.1 setakat ini.

Sehingga kini Filipina telah merekodkan 3,688,292 kes jangkitan COVID-19, termasuk 60,458 kematian.

Jumlah kes baharu COVID-19 terus mencatatkan penurunan dengan purata 157 kes sehari.

-- BERNAMA

 

TAG: Filipina, subvarian Omicron, BA.2.12.1


TVKB TFTY


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan