COVID-19

Hampir 13.2 juta kanak-kanak di AS dijangkiti COVID-19

18/05/2022 12:21 PM

LOS ANGELES, 18 Mei (Bernama) -- Hampir 13.2 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) diuji positif COVID-19 sejak wabak itu melanda, menurut laporan terbaharu dikeluarkan Akademi Pediatrik Amerika (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak pada Isnin.

Setakat 12 Mei lalu, lebih 93,000 kes jangkitan COVID-19 membabitkan kanak-kanak dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 76 peratus berbanding dua minggu lalu, menurut laporan itu.

Hampir 5.3 juta kes kanak-kanak telah direkodkan pada 2022, lapor Xinhua.

Ia menyaksikan peningkatan kes untuk lima minggu berturut-turut di Amerika Syarikat.

Terdapat keperluan mendesak mengumpul lebih banyak data terutama melibatkan umur bagi menilai tahap penyakit yang berkaitan dengan varian baharu serta potensi kesan jangka masa panjang, menurut AAP.

"Adalah penting untuk kita sedar, pandemik memberi kesan segera terhadap kesihatan kanak-kanak, tetapi juga kita perlu mengenal pasti dan menangani kesan jangka masa panjang terhadap kesejahteraan fizikal, mental dan sosial bagi generasi muda dan belia ini," menurut AAP.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan