COVID-19

COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin

24/05/2022 12:53 PM

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Sebanyak 22,972,947 atau 97.6 peratus golongan dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 23,249,217 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 16,082,337 atau 68.4 peratus telah menerima suntikan dos penggalak.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,144 atau 93.5 peratus telah lengkap divaskin, manakala 3,006,641 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 1,126,026 atau 31.7 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) manakala sejumlah 1,679,475 atau 47.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 8.435 dos harian telah diberikan semalam, terdiri daripada 1,852 suntikan penggalak, 3,316 dos kedua dan 3,267 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,813,162.

Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat COVID-19 semalam direkodkan di Selangor.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan