COVID-19

32.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

28/05/2022 09:12 AM

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Sebanyak 1,152,515 atau 32.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,701,913 atau 48 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,912,165 atau 93.6 peratus telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,008,698 atau 96.7 peratus daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,091,882 atau 68.4 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,974,021 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,250,491 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 18,886 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 8,536 dos pertama, 8,774 dos kedua dan 1,576 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,877,636.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, dua kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam di Selangor. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan