BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
COVID-19

COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham

27/06/2022 12:43 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kes baharu harian COVID-19 terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kenaikan sebanyak 10.9 peratus iaitu 15,739 pada minggu epidemiologi (ME) ke-25 dari 19 hingga 25 Jun berbanding 14,195 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun bilangan kes kematian menunjukkan penurunan kepada 38.1 peratus iaitu 13 kes berbanding 21 kes pada minggu sebelumnya. 

”Bilangan kes sembuh pada ME ke-25 pula meningkat sebanyak 33.8 peratus iaitu 10,524 kes kepada 14,078 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 11 peratus pada ME ke-25 berbanding minggu sebelumnya.

Jumlah kemasukan pesakit ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 28 peratus, dengan pesakit kategori 1 dan 2 meningkat 14 peratus manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5 meningkat 45 peratus, katanya.

Katanya bagi trend kes aktif harian yang dipantau secara maya (CAC Maya), terdapat peningkatan sebanyak 27.1 peratus pada akhir ME ke-25 berbanding pada akhir ME ke-24 iaitu dari 27,247 kes kepada 34,639 kes.

Dr Noor Hisham berkata purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 1.9 peratus pada ME ke-25 berbanding ME ke-24.

Sehingga kini, katanya terdapat lapan kluster COVID-19 yang masih aktif dan dipantau di negara ini.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan