BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
COVID-19

Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19

28/06/2022 11:23 AM

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 28 Jun (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) memaklumkan seorang bayi lelaki berusia satu setengah tahun yang dijangkiti COVID-19 telah meninggal dunia pada Isnin.

“Punca kematian akibat Encephalitis dicetuskan oleh COVID-19, Respiratory Syncytial Virus dan jangkitan Enterovirus.

Ia merupakan kematian pertama di Singapura melibatkan pesakit berumur bawah 12 tahun,” menurut MOH dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawangnya pada Isnin.

Bayi berkenaan tidak mempunyai sejarah penyakit lampau lain dan dilaporkan sihat sebelum dijangkiti COVID-19.

Bayi itu telah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) KK pada malam 21 Jun, selepas mengalami demam panas dan sawan berulang, serta tidak sedarkan diri.

Pesakit kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak dalam keadaan kritikal pada 22 Jun, dan disahkan menghidap Meningoencephalitis yang teruk.

Ujian tindak balas rantai polimerase mendapati bayi berkenaan positif COVID-19 serta dua virus lain - Rhinovirus/Enterovirus dan Respiratory Syncytial Virus.

MOH mengucapkan takziah kepada keluarga pesakit.

"KKH sedang berhubung dengan keluarga untuk memberikan sokongan yang diperlukan," menurut kenyataan itu.

Sehingga 12 tengah hari Isnin, republik itu melaporkan 5,309 kes baharu COVID-19 dan satu kematian.

-- BERNAMA  
 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan