BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
COVID-19

Trend kes COVID-19 di Labuan kembali meningkat

15/07/2022 05:36 PM

LABUAN, 15 Julai  (Bernama) -- Pulau bebas cukai di sini merekodkan trend peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh dua minggu lalu dengan 40 kes aktif  dilaporkan setakat hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, berkata kebanyakan kes adalah penularan tempatan dengan hanya 10 peratus kes import.

"Kami telah menjangkakan aliran meningkat berikutan pembukaan semula sempadan dan sektor ekonomi. Bagaimanapun, keadaan terkawal berikutan peningkatan bilangan individu telah lengkap dos suntikan vaksin,” katanya.

Dr Ismuni menambah bahawa pulau itu telah merekodkan dua digit kes sejak beberapa hari lalu dengan 14 kes dilaporkan kelmarin.

“Kita tidak boleh terlalu bimbang tentang trend meningkat kerana semua kes adalah dalam kategori satu dan dua...tiada pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Beliau berkata, walaupun Pusat Kuarantin dan Rawatan  COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Labuan ditutup, Hospital Labuan masih menyediakan rawatan kepada kes kemasukan pesakit  COVID-19.

“Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) kami masih menjalankan penilaian kes yang disyaki berpotensi merebak dengan cepat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Dr Ismuni berkata petugas penjagaan kesihatan bersedia untuk menangani subvarian Omicron BA.5, yang boleh merebak dengan pantas.

“Nasihat kami kepada rakyat adalah sama iaitu  teruskan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, elakkan kawasan tumpuan orang ramai dan sentiasa memakai pelitup muka,” katanya.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan