BERITA PRU15   PRU15 Tioman: Calon PN saran kerajaan Pahang beri dua hari cuti umum | Wan Rosdy sekali lagi diberi mandat terajui kerajaan Pahang | PRU15 Padang Serai: Majikan diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi | Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong pembentukan kerajaan perpaduan | DUN Tioman: Calon BN sambut baik kesediaan calon PH beri laluan | 
COVID-19

Jepun akan mudahkan prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang

02/09/2022 02:44 PM

TOKYO, 2 Sept (Bernama) -- Jepun pada Khamis memaklumkan bahawa ia akan merombak sistem kuarantin COVID-19 di lapangan terbang bagi memudahkan mereka yang tiba dari luar negara melengkapkan prosedur yang diperlukan dengan menggunakan telefon pintar atau peranti lain.

Kerajaan menetapkan agar sistem yang diubah suai itu dapat digunakan pada pertengahan September, lapor Jiji Press.

Pada ketika ini, mereka yang tiba dari luar negara diminta melengkapkan maklumat sijil vaksinasi COVID-19 dan lain-lain menerusi pautan laman sesawang atau aplikasi MySOS terlebih dahulu.

Sistem baharu yang diubah suai itu akan membolehkan penumpang mendaftar semua maklumat yang diperlukan untuk menjalani prosedur kuarantin lapangan terbang secara lebih cepat.

Mereka yang telah mendaftar hanya perlu menunjukkan kod QR di lapangan terbang.

Jepun juga akan melonggarkan langkah kawalan sempadan COVID-19, dan mengecualikan ketibaan mereka yang lengkap tiga dos vaksin selain menyerahkan keputusan negatif ujian COVID-19.

Di samping itu, negara akan menaikkan had kemasukan ke negara ini kepada 50,000 berbanding 20,000 ketika ini dan membenarkan kemasukan pelancong luar negara menerusi pakej pelancongan tanpa konduktor.

Kerajaan berharap dapat meningkatkan jumlah ketibaan pelancong ke Jepun dengan memudahkan prosedur kuarantin di lapangan terbang.

Jepun "akan memudahkan lagi (langkah kawalan sempadan) untuk merealisasikan kemasukan yang lancar setanding dengan Kumpulan Tujuh (G7) yang lain," kata Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno pada sidang media Khamis.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan