BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
MALAYSIA @ EXPO 2020 DUBAI

Nancy temui pengurusan tertinggi syarikat penerbangan Timur Tengah di Dubai

10/05/2022 08:45 PM

PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri akan bertemu dengan pengurusan tertinggi syarikat penerbangan Timur Tengah bagi membincangkan sebarang kerjasama masa depan, pada pameran perdagangan Arabian Travel Market 2022 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tourism Malaysia, lembaga promosi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan Nancy kini mengetuai delegasi Malaysia ke acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Dubai, dari 9-12 Mei.

Bersama dengan pemain industri pelancongan negara, mereka akan mempromosikan Malaysia ke pasaran Timur Tengah menerusi tarikan terbaru dan destinasi terkini membeli-belah serta keseronokan keluarga, ecoadventure, bulan madu, percutian mewah di samping destinasi pelancongan selamat, sepanjang pameran perdagangan tersebut, menurut kenyataan itu.

Tourism Malaysia memaklumkan delegasi Malaysia terdiri daripada 64 pemain industri daripada 32 organisasi yang mengambil bahagian di bawah Pavilion Malaysia, akan bertemu pembeli dari Timur Tengah.

“Delegasi Malaysia terdiri daripada gabungan hotel dan pusat peranginan, ejen pelancongan, pemilik produk pelancongan, dan wakil daripada lembaga pelancongan negeri. Dalam acara empat hari itu, mereka akan mengetengahkan produk dan perkhidmatan pelancongan masing-masing khusus untuk pasaran Timur Tengah,” menurut kenyataan itu.

Ia turut menyatakan bahawa Nancy dijadual bertemu dengan pengurusan tertinggi syarikat penerbangan di Timur Tengah seperti Qatar Airways, Emirates, Etihad Airways dan Oman Air bagi membincangkan kerjasama masa depan.

Nancy juga dijadual menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kolaborasi (MoC) antara Tourism Malaysia dan Emirates di Pavilion Emirates, hari ini.

“MoC ini akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dan mengukuhkan hubungan ekonomi melalui industri pelancongan antara Malaysia dan UAE,” menurut kenyataan itu. 

Malaysia telah membuka semula sempadan kepada pelancong antarabangsa bermula 1 April.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan