BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
MALAYSIA @ EXPO 2020 DUBAI

Pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai jana nilai perdagangan RM70 bilion

12/05/2022 04:27 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai menjana potensi perdagangan, pelaburan dan petunjuk perniagaan bernilai lebih RM70 bilion melalui program perdagangan dan perniagaannya yang luas.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) Shamsul Bahar Mohd Nor berkata kejayaan dalam menjalin kerjasama di ekspo itu mendorong kumpulan untuk terus menyediakan ruang kepada perniagaan melalui platform maya Pavilion Malaysia.

“Platform itu akan terus beroperasi sehingga 30 Sept, 2022, memberikan peluang kepada syarikat global untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai syarikat Malaysia dan industri tempatan kita menghubungi rakan sejawat mereka di luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Platform yang mendapat permintaan itu boleh diakses melalui laman web, www.malaysiaexpo2020.com.

Platform maya itu menawarkan pasaran e-dagang yang menyeluruh untuk industri bertemu dan berinteraksi dengan pembeli dan rakan usaha sama, termasuk akses kepada sesi padanan perniagaan secara mingguan.

Pengguna akan dapat mengakses gerai pameran maya, menyertai pertemuan perniagaan kepada perniagaan, sesi padanan perniagaan dan webinar.

Terdapat juga gerai maya yang khusus untuk penaja Pavilion serta kementerian, agensi, kerajaan negeri dan syarikat yang mengambil bahagian.

Kira-kira 5,000 pembeli antarabangsa yang berpotensi dan 250 syarikat peserta pameran Malaysia telah mendaftar dengan platform maya itu. 

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan