BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
MALAYSIA @ EXPO 2020 DUBAI

Pernas salur RM8.3 juta bantu usahawan menerusi BIT

29/06/2022 04:49 PM

KUANTAN, 29 Jun (Bernama) -- Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) setakat ini telah menyalurkan sejumlah RM8.3 juta menerusi program Transformasi Perniagaan (BIT) sebagai inisiatif bagi melahirkan lebih ramai usahawan tempatan.

Pemangku Ketua Pegawai Ekesekutifnya Mazlan Ibrahim berkata program yang diperkenalkan sejak 2013 itu berjaya melahirkan 2,000 usahawan pra-francaisi serta memberi peluang pekerjaan kepada lebih 4,000 orang.

Menurutnya, BIT merupakan program transformasi peniagaan usahawan kecil ke arah francais dan setakat ini mencatat pendaftaran 184 jenama manakala pihaknya turut menyasarkan 22 lagi usahawan baharu pra-francais pada tahun ini.

"Bagi menambah baik BIT, pakej pembiayaan pra-francaisi itu turut dinaikkan kepada RM50,000 daripada RM25,000 untuk memberi peluang kepada bakal usahawan memiliki konsep perniagaan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mini BIT Expo (BITe) di sini, hari ini.

Mazlan turut berkongsi pencapaian ramai peniaga kecil di bawah BIT yang telah berjaya mengembangkan perniagaan dengan pertambahan bilangan outlet seperti Shala Pizza, Pandan Cendol, Mekeria dan D'Sara Fried Chicken.

Dalam pada itu, mengulas program hari ini, beliau berkata pihaknya menyasarkan penganjuran Mini BITe tersebut dapat menjana potensi pembiayaan sebanyak RM300,000.

"Hari ini seramai 16 usahawan BIT telah hadir dan mempamerkan model perniagaan masing-masing. Oleh itu, saya berharap pengunjung dapat menggunakan peluang ini untuk meningkatkan sumber pendapatan selain membantu merancakkan pertumbuhan industri francais," katanya.

Beliau berkata, Pernas juga giat turun padang mencari produk-produk menarik yang boleh diketengahkan sebagai pra-francais selain menyediakan pembiayaan, latihan, bimbingan serta khidmat nasihat.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan