MALAYSIA @ EXPO 2020 DUBAI

Johor bakal ketengah produk usahawan tempatan di Dubai

01/02/2023 12:22 PM

JOHOR BAHRU, 1 Feb (Bernama) -- Johor bakal mengetengahkan beberapa produk usahawan tempatan yang berpotensi besar menembusi pasaran dan bertapak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah.

Beliau berkata ia susulan kejayaan tiga syarikat dari Johor iaitu Daily Fresh Foods Sdn Bhd, Power Root Malaysia dan Rushoe Coating and Insulation Sdn Bhd yang telah lama bertapak di Dubai.

Menurut Mohd Hairi perkara itu dimaklumkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Dubai Mohd Fadly Amri Aliaman pada pertemuan baru-baru ini.

"Usahawan Johor boleh diketengahkan, saya melihat negeri ini ada potensi dan di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi yang membawa agenda Maju Johor 2030, pasti mahu melihat pelabur di Dubai melabur di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd Hairi, pada pertemuan dengan Mohd Fadly Amri, beliau turut meluahkan hasrat agar usahawan Johor dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana diberikan peluang bertapak di bandar raya berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan