Sabtu, 23 Januari 2021
PERBICARAAN SRC
11/11/2019 01:09 PM

KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Pandangan akan tertumpu kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang akan menyampaikan keputusan pagi ini sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau dijangka mengumumkan keputusan itu kira-kira jam 10 pagi, dengan anggota media berkumpul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal 7 pagi.

Najib, bekas perdana menteri berusia 66 tahun, berdepan tiga dakwaan pecah amanah jenayah  (CBT),  tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 10 Feb 2015.

Semasa perbicaraan, pasukan pendakwaan mengemukakan lebih 750 barang kes, termasuk dokumen bank yang mempunyai kaitan dengan akaun bank Najib, transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan Blackberry berhubung transaksi oleh Najib.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan