KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Dakwaan kononnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam kes mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tuduhan tidak berasas sama sekali, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata proses undang-undang di negara ini berjalan dengan telus serta bebas dan ia perlu dihormati.
“Saya tidak mahu masuk campur ...keputusan hakim (adalah) minta Najib bela diri, jadi proses undang-undang masih berterusan.
“Saya fikir kita tidak patut layan sesetengah dakwaan kecuali mereka memberikan fakta atau bukti untuk menyokongnya, jika tidak kita patut biarkan proses (undang-undang) diteruskan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Media sebelum ini melaporkan ahli Majlis Tertinggi UMNO Lokman Noor Adam mendakwa Dr Mahathir terlibat campur tangan dalam kes membabitkan bekas perdana menteri itu.
Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi di sini semalam yang memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.
Dalam pada itu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Lokman itu.
Exco Armada Muhammad Azizi Che Sulaiman berkata ia dibuat untuk mempertahan kredibiliti dan integriti mahkamah selain menganggap kenyataan Lokman itu berbentuk hasutan terhadap kerajaan Pakatan Harapan.
"Saya mewakili Armada Bersatu menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling, di sini.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta