Isnin, 25 Januari 2021
PERBICARAAN SRC
28/07/2020 09:00 AM

KUALA LUMPUR, 4 Jun -- Tiada bukti untuk menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam perancangan yang dirancang lebih awal yang menyebabkan RM42 juta dikeluarkan daripada SRC International Sdn Bhd pada  2014 dan 2015, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Peguam Farhan Read, seorang daripada peguam dalam pasukan peguam bela Najib, berkata sebaliknya semua bukti menuding kepada ahli perniagaan yang sedang menyembunyikan diri dan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low. 

“Misalnya transaksi semula RM32 juta yang dilakukan atas perintah Jho Low dan untuk kepentingan dirinya sendiri seperti dinyatakan oleh pegawai penyiasat kes itu.

“Pindahan RM10 juta (oleh Jho Low) ke akaun Najib pada Februari 2015 adalah untuk memastikan cek dikeluarkan oleh tertuduh bukan cek tendang. Transaksi itu hanya dilakukan hasil daripada perkara yang timbul  pada 5 Feb dan 6 Feb, 2015, dan hanya dilakukan kerana Jho Low perlu memastikan cek dikeluarkan itu bukan cek tendang,” kata peguam itu.

Farhan mengemukakan hujahan bagi menyangkal hujahan pihak pendakwaan semalam berhubung Najib yang dituduh telah menyalahgunakan kedudukannya di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pada perbicaraan peringkat pendakwaan, saksi pihak pendakwaan, bekas Pengurus Perhubungan Awam AmBank Joanna Yu Ging Ping memberitahu mahkamah akaun peribadi Najib sering terlebih keluar dan Jho Low akan mengambil langkah untuk menyelesaikan perkara itu.

Farhan seterusnya berhujah terdapat keterangan oleh pegawai penyiasat bahawa RM42 juta itu bukan daripada pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC International.

“Oleh itu tiada kaitan antara keputusan dibuat pada mesyuarat Kabinet (untuk bincang mengenai jaminan kerajaan bagi pinjaman itu) yang membawa kepada pinjaman KWAP dan RM42 juta itu.

 “Kami ingin menegaskan bahawa punca sebenar atau kebarangkalian bagi RM42 juta itu tidak dibuktikan. Selain daripada keterangan oleh saksi pihak pendakwaan, Afidah Azwa Abdul Aziz, tiada keterangan lain yang menunjukkan Datuk Seri Najib bertindak sebagai pengarah bayangan SRC International,” katanya.

 Afidah Azwa, timbalan setiausaha bahagian  pelaburan strategik Kementerian Kewangan (MoF) sebelum ini memberi keterangan bahawa SRC International ialah ‘syarikat PM’.

Pihak pembelaan juga berhujah bahawa Najib tidak tahu mengenai RM42 juta yang masuk ke dalam akaunnya adalah daripada syarikat pembangunan strategik Malaysia itu dan beranggapan ia adalah sumbangan  Arab Saudi.

“Persoalan oleh pihak pendakwaan tentang sebab itu kenapa RM42 juta boleh hilang daripada SRC, hanya membuktikan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan berlaku jenayah pecah amanah dan pertuduhan SPRM adalah melangkaui keraguan munasabah.

“Tiada kesimpulan yang kukuh. Tebakan tidak menyediakan asas dalam undang-undang untuk mengatasi kekurangan bukti," kata Farhan mengakhiri hujahannya.

Najib berdepan tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International yang terdiri daripada tiga pertuduhan CBT, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan berkaitan dana SRC.

Pengemukaan hujahan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan