<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 15 Okt hingga pukul 12:00tgh 21 Okt 2022.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.87 juta kes. Di peringkat global, lebih 632 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.57 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 610 juta.
Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu untuk tempoh enam hari (15 Okt-20 Okt) meningkat 25 peratus kepada 11,674 kes dengan angka kes harian tertinggi semalam (20 Okt) sebanyak 2,561 kes.
Ini berbanding 9,330 kes harian baharu untuk enam hari, 8 Okt-13 Okt.
Angka kes harian baharu melepasi 2,000 untuk tiga hari sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 15 Okt-20 Okt 2022 iaitu 2,023 (15 Okt), 2,295 (19 Okt) dan 2,561 (20 Okt). Kes terendah untuk tempoh Rangkuman ini pada 17 Oktober iaitu 1,210 kes.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menjalani sesi latihan pengendalian bot dan asas menyelamat sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut di Sungai Kelantan dekat Tambatan Diraja, Kota Bharu. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebelum ini, kes harian baharu negara melepasi angka 2,000 selama dua hari berturut-turut iaitu pada 13 Okt (2,090) dan 14 Okt (2,231). Kali terakhir angka kes harian baharu negara melepasi angka 2,000 ialah pada 30 Sept 2022 sebanyak 2,007 kes.
Kumulatif kes COVID-19 Malaysia kini sebanyak 4,875,131 kes, sementara kes aktif COVID-19 menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemaskini setakat pukul 11:59mlm 20 Oktober, sebanyak 25,636 kes dan daripada jumlah itu, 24,483 (95.5 peratus) dikuarantin di rumah.
Daripada 2,561 kes semalam, lima (5) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (902), WP Kuala Lumpur (683), Perak (175), Sabah (121) dan Negeri Sembilan (111).
Kes dua angka diaporkan di Pulau Pinang (98), Kedah (88), Sarawak (74), Melaka (72), Johor (55), Kelantan (53), WP Putrajaya (51), Pahang (48) dan Terengganu (26).
Perlis melaporkan kes satu angka (4) sementara WP Labuan mencatat sifar (0) kes.
Aksi para pelumba ketika berada dalam kelompok peloton sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2022 peringkat kelapan Kuah, Langkawi Loop sejauh 115.9 kilometer. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 15 Okt hingga 20 Okt 2022:-
15 Okt (2,023), 16 Okt (1,712), 17 Okt (1,210), 18 Okt (1,873), 19 Okt (2,295) dan 20 Okt (2,561).
Kes harian baharu COVID-19 sepanjang 8 Okt hingga 14 Okt 2022:
8 Okt (1,627), 9 Okt (1,453), 10 Okt (1,241), 11 Okt (1,291), 12 Okt (1,628), 13 Okt (2,090) dan 14 Okt (2,231).
Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura adalah seperti berikut:-
15 Okt (8,037), 16 Okt (6,181), 17 Okt (5,196), 18 Okt (11,934), 19 Okt (8,752) dan 20 Okt (8,176).
Kes harian baharu COVID-19 di negara seberang Tambak Johor itu kembali meningkat sehingga lima angka iaitu pada 11 Oktober (11,732) dan 18 Okt (11,934).
Lonjakan kes di Republik itu dikaitkan dengan sub varian Omicron dikenali sebagai XBB.
Suasana meriah di perkarangan reruai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sempena pameran Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sementara itu, sebanyak 1,248 kes sembuh pesakit COVID-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat semalam sebanyak 4,813,058 kes.
Dengan sebanyak 4,875,131 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (5,081,981) dan Ukraine (5,279,346).
Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jerman mencatat kes harian baharu tertinggi (92,293) diikuti Perancis (56,793) dan Itali (40,560).
Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,092,408 kes.
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
Kolam dalam bahasa India, adalah hasil kerja tangan seni dikenali Rangoli sebagai unsur hiasan untuk merai kunjungan tetamu untuk memeriahkan perayaan itu, namun dalam budaya Hindu, ia mempunyai makna tersirat iaitu sebagai hidangan untuk makhluk selain manusia dan binatang. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm, 20 Okt 2022 menunjukkan 24,483 kes (95.5 peratus) daripada 25,636 kes aktif COVID-19 dikuarantin di rumah.
Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,102 kes (4.3 peratus) di hospital; 28 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 23 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.
Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu
Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala
Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru
Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru
Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen
Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes sembuh:-
15 Okt (1,699), 16 Okt (1,699), 17 Okt (2,026), 18 Okt (1,575), 19 Okt (1,386) dan 20 Okt (1,248).
*kes kumulatif sembuh sehingga 20 Okt 2022 sebanyak 4,813,058.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
15 Okt (23,881), 16 Okt (23,892), 17 Okt (23,070), 18 Okt (23,425), 19 Okt (24,331) dan 20 Okt
(25,636).
Perincian kes harian baharu (2,561 kes) :-
*mengikut negeri, setakat 20 Okt 2022
*(+kes import)
Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM
Tiga angka - Selangor 902 (+0), WP Kuala Lumpur 683 (+0), Perak 174 (+1), Sabah 121 (+0) dan Negeri Sembilan 109 (+2).
Dua angka - Pulau Pinang 98 (+0), Kedah 87 (+1), Sarawak 74 (+0), Melaka 71 (+1), Johor 55 (+0), Kelantan 51 (+2), WP Putrajaya 51 (+0), Pahang 47 (+1) dan Terengganu 26 (+0).
Satu angka - Perlis 4 (+0)
Sifar (0) kes - WP Labuan 0
Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-
15 Okt - Kes baharu 2,023; Kumulatif kes 4,865,480; Kes import 13
16 Okt - Kes baharu 1,712; Kumulatif kes 4,867,192; Kes import 2
17 Okt - Kes baharu 1,210; Kumulatif kes 4,868,402; Kes import 6
18 Okt - Kes baharu 1,873; Kumulatif kes 4,870,275; Kes import 3
19 Okt - Kes baharu 2,295; Kumulatif kes 4,872,570; Kes import 3
20 Okt - Kes baharu 2,561; Kumulatif kes 4,875,131; Kes import 8
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.
15 Okt - 0 (BID 0), 16 Okt - 2 (BID 1), 17 Okt - 6 (BID 5), 18 Okt - 3 (BID 0), 19 Okt - 3 (BID 1) dan 20 Okt - 8 (BID 1).
*Jumlah kes kematian sehingga 20 Okt 2022 sebanyak 36,437 kes.
STATISTIK GLOBAL COVID-19
Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 632,046,555 kes berbanding 629,395,967 kes pada minggu lepas dengan 6,579,768 kematian (angka kematian minggu sebelumnya sebanyak 6,569,844 kematian). Sebanyak 610,776,843 kes sembuh berbanding 608,410,340 kes pada minggu lepas.
Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, United Kingdom, Itali, Jepun dan Rusia.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 99,037,299 (+25,595)
India 44,638,011 (+1,494)
Perancis 36,475,518 (+56,793)
Jerman 35,005,769 (+92,293)
Brazil 34,818,774 (+5,096)
Korea Selatan 25,219,546 (+25,369)
United Kingdom 23,798,793 (+tiada maklumat)
Itali 23,254,633 (+40,560)
Jepun 21,894,638 (+36,110)
Rusia 21,345,154 (+10,067)
Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-
Vietnam di tangga 13 - 11,495,772 (+541)
Indonesia di tangga 20 - 6,464,962 (+2,307)
Malaysia di tangga 27 - 4,875,131 (+2,561)
Thailand di tangga 30 - 4,687,281 (+tiada maklumat)
Filipina di tangga 38 - 3,989,556 (+2,227)
Singapura di tangga 46 - 2,046,123 (+8,176)
Myanmar di tangga 83 - 629,653 (+277)
Brunei di tangga 110 - 234,582 (+tiada maklumat)
Laos di tangga 113 - 216,158 (+13)
Kampuchea di tangga 125 - 137,979 (+3)
-------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).
-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.
-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
BERNAMA