<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 31 Dis 2022 hingga pukul 12:00tgh 6 Jan 2023.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.02 juta kes. Di peringkat global, lebih 667 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.7 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 638 juta.
Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Meskipun banyak kemajuan dicapai dalam usaha memerangi COVID-19 namun virus penyakit berjangkit ini terus bermutasi dan masih mengancam kesihatan, ekonomi dan masyarakat dunia secara keseluruhan.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam taklimat media secara maya dari Geneva, Switzerland pada 4 Januari lepas menyuarakan kebimbangan tentang penularan meluas COVID-19 melibatkan subvarian baharu di beberapa bahagian dunia.
Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - dilaporkan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara.
Warga Kementerian Kesihatan melafazkan ikrar Perkhidmatan Awam semasa majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Kesihatan di Putrajaya. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Senario fasa peralihan ke endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).
Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam kenyatan media 2 Januari 2023, varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).
Beliau juga menyebut, di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini. Kedua-dua varian ini tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO.
Kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 juga dikesan di Malaysia dan setakat 31 Disember, 2022 terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga (3) kes yang dijangkiti dengan BF.7.
Sementara itu, trend kes baharu tiga angka berterusan di minggu pertama tahun baharu 2023 dan semalam (5 Jan), sebanyak 571 kes harian baharu dilaporkan termasuk tujuh (7) kes kematian dan satu (1) kes import.
Orang ramai khususnya kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda sempena cuti tahun baharu di Taman Tema Air Wet World Seksyen 14 Shah Alam. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sepanjang Rangkuman Bernama 31 Dis 2022 - 5 Jan 2023, jumlah kes harian baharu adalah sebanyak 2,630 kes, menyusut iaitu susut sekitar 23 peratus berbanding 3,437 kes pada Rangkuman Mingguan 24 Dis-30 Dis 2022.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 negara menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 5 Jan 2023 adalah sebanyak 5,028,794 kes. Kes aktif menurun kepada 11,564 dan 94.6 peratus (10,945 kes) daripada jumlah itu menjalani kuarantin di rumah.
Untuk pecahan kes mengikut negeri, hanya Selangor mencatat kes tiga angka iaitu 191 kes.
Kes dua angka dilaporkan di WP Kuala Lumpur (82), Sarawak (54), Melaka (40), Perak (37), Pulau Pinang (29), Kedah (24), Pahang (21), Johor (20), Sabah (18), Negeri Sembilan (15), Terengganu (15), WP Putrajaya (13) dan Kelantan (10).
Kes satu angka dilaporkan di Perlis (1) dan WP Labuan (1).
Keadaan aliran trafik agak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bandar Seri Putra menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur berikutan warga kota mula pulang dari destinasi masing-masing berikutan cuti umum sempena tahun baharu berakhir. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 31 Dis 2022 hingga 5 Jan 2023:-
31 Dis 2022 (513), 1 Jan (420), 2 Jan (360), 3 Jan (333), 4 Jan (433) dan 5 Jan (571).
Kes baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 24 hingga 30 Dis 2022:-
24 Dis (766), 25 Dis (609), 26 Dis (480), 27 Dis (423), 28 Dis (480), 29 Dis (679) dan 30 Dis (583).
Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 31 Dis 2022 hingga 5 Jan 2023, seperti berikut:-
31 Dis 2022 (835), 1 Jan (542), 2 Jan (390), 3 Jan (556), 4 Jan (1,535) dan 5 Jan (916).
Untuk rekod, kes pertama COVID-19 (sebelum ini dikenali sebagai 2019-nCOV) dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.
Dengan 5,028,794 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,052,980) dan Ukraine (5,357,941).
Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (226,904) diikuti oleh Korea Selatan (64,106) dan Taiwan (31,514).
Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,120,804 kes.
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
Malaysia tidak mendiskriminasi mana-mana negara dalam menjalankan pemeriksaan COVID-19 terhadap pelancong yang tiba di negara ini, namun mahu memastikan kesihatan rakyat adalah keutamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 5 Jan 2023)
Malaysia masih mempunyai 11,564 kes aktif COVID-19, dan sebanyak 10,945 (94.6 peratus) dikuarantin di rumah.
Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 637 kes (5.2 peratus) di hospital; 16 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 16 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.
Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu
Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala
Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru
Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru
Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen
Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Jumlah pesakit diwadkan:-
31 Dis 2022 (513), 1 Jan (420), 2 Jan (360), 3 Jan (333), 4 Jan (254) dan 5 Jan (232).
Kes sembuh:-
31 Dis 2022 (833), 1 Jan (542), 2 Jan (423), 3 Jan (376), 4 Jan (500) dan 5 Jan (696).
*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 5 Jan 2023 sebanyak 4,980,364
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
31 Dis 2022 (12,002), 1 Jan (11,871), 2 Jan (11,807), 3 Jan (11,763), 4 Jan (11,696) dan 5 Jan (11,564).
Perincian kes harian baharu (571 kes) :-
*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 5 Jan 2023
*(+kes import)
Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM
Kes tiga angka - Selangor 191 (+0).
Kes dua angka - WP Kuala Lumpur 82 (+0), Sarawak 54 (+0), Melaka 40 (+0), Perak 36 (+1), Pulau Pinang 29 (+0), Kedah 24 (+0), Pahang 21 (+0), Johor 20 (+0), Sabah 18 (+0), Negeri Sembilan 15 (+0), Terengganu 15 (+0), WP Putrajaya 13 (+0) dan Kelantan 10 (+0).
Kes satu angka - Perlis 1 (+0) dan WP Labuan 1 (+0)
Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-
31 Dis (22) - Kes baharu 513; Kumulatif kes 5,026,677; Kes import 4
1 Jan (23) - Kes baharu 420; Kumulatif kes 5,027,097; Kes import 3
2 Jan (23) - Kes baharu 360; Kumulatif kes 5,027,457; Kes import 1
3 Jan (23) - Kes baharu 333; Kumulatif kes 5,027,790; Kes import 1
4 Jan (23) - Kes baharu 433; Kumulatif kes 5,028,223; Kes import 4
5 Jan (23) - Kes baharu 571; Kumulatif kes 5,028,794; Kes import 1
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik
hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.
31 Dis 22 - 1 (BID 0), 1 Jan 23 - 4 (BID 2), 2 Jan - 1 (BID 0), 3 Jan - 1 (BID 0), 4 Jan - 0 (BID 0) dan 5 Jan - 7 (BID 2).
*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 5 Jan 2023 sebanyak 36,866
STATISTIK GLOBAL COVID-19
Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 667,111,756 kes berbanding 664,526,101 kes minggu sebelumnya dengan 6,706,011 kes kematian (minggu sebelumnya sebanyak 6,696,038 kes kematian).
Sebanyak 638,782,074 kes sembuh dilaporkan berbanding 636,591,084 kes sembuh minggu sebelumnya.
Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, Jepun, Itali, United Kingdom dan Rusia.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
*Tiada maklumat (NA).
Amerika Syarikat 103,048,885 (+30,049)
India 44,680,604 (+202)
Perancis 39,381,826 (+11,537)
Jerman 37,475,448 (NA)
Brazil 35,456,156 (+28,049)
Jepun 29,798,835 (+226,904)
Korea Selatan 29,363,272 (+64,106)
Itali 25,143,705 (NA)
United Kingdom 24,135,084 (NA)
Rusia 21,817,113 (+3,274)
Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif
COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).
Vietnam di tangga 13 - 11,525,571(+80)
Indonesia di tangga 20 - 6,722,227 (+535)
Malaysia di tangga 28 - 5,028,794 (+571)
Thailand di tangga 31 - 4,723,919 (NA)
Filipina di tangga 37 - 4,065,910 (+459)
Singapura di tangga 45 - 2,206,153 (+916)
Myanmar di tangga 83 - 633,700 (+4)
Brunei di tangga 107 - 266,450 (NA)
Laos di tangga 113 - 217,835 (+10)
Kampuchea di tangga 125 - 138,615 (+6)
-------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).
-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.
-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
BERNAMA