COVID-19: Kes Harian Baharu Kekal Tiga Angka; Kes Aktif 10,937

<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 7 Jan hingga pukul 11:59mlm 13 Januari 2023.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.03 juta kes. Di peringkat global, lebih 670 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.72 juta kes. Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 642 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu negara terus kekal tiga angka masuk minggu kedua tahun 2023 dengan catatan terendah setakat ini sebanyak 320 kes semalam (13 Januari).

Daripada 320 kes, sebanyak 105 kes (33 peratus) dilaporkan di Selangor. Negeri/wilayah lain mencatat kes dua angka iaitu WP Kuala Lumpur (53), Sarawak (25), Melaka (24), Pulau Pinang (18), Perak (17), Johor (15), WP Putrajaya (13), Kedah (12) dan Negeri Sembilan (10).

Enam (6) negeri/wilayah melaporkan kes satu angka iaitu Pahang (9), Sabah (6), WP Labuan (5), Kelantan (4), Terengganu (3) dan Perlis (1).

Masyarakat Tamil di Brickfields, Kuala Lumpur sedang bersiap sedia untuk pesta menuai Ponggal Ahad ini, termasuk pembelian pasu tanah liat, susu, tebu dan tandan kunyit yang direka berwarna-warni. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sepanjang Rangkuman Bernama 7 Jan - 13 Jan 2023, jumlah kes harian baharu adalah sebanyak 2,809 kes, susut sekitar 12 peratus berbanding 3,173 kes pada Rangkuman Mingguan 31 Dis 2022 hingga 6 Jan 2023.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 negara menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 13 Jan 2023 adalah sebanyak 5,032,146 kes. Kes aktif berbaki sebanyak 10,937 dengan 95.7 peratus (10,467 kes) daripada jumlah itu menjalani kuarantin di rumah.

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 7 Jan hingga 13 Jan 2023:-

Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

7 Jan (571), 8 Jan (405), 9 Jan (383), 10 Jan (380), 11 Jan (367), 12 Jan (383) dan 13 Jan (320).

 

Kes baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 31 Dis 2022 hingga 6 Jan 2023:-

31 Dis 2022 (513), 1 Jan (420), 2 Jan (360), 3 Jan (333), 4 Jan (433), 5 Jan (571) dan 6 Jan (543).

 

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 7 Jan hingga 13 Jan 2023, seperti berikut:-

7 Jan (684), 8 Jan (546), 9 Jan (385), 10 Jan (910), 11 Jan (598), 12 Jan (524) dan 13 Jan (498).

 

Pelancong asing mengimbas jari di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika memeriksa Passport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada 12 Januari lepas dipetik berkata, “Situasi semasa kes COVID-19 dalam negara masih terkawal dan setakat ini tidak memerlukan kerajaan mengambil langkah sehingga menutup sepenuhnya pintu sempadan negara.”

Menurut beliau, “Malah sehingga Selasa lepas belum ada lagi kes jangkitan ataupun yang bergejala dikesan di pintu masuk sempadan, walaupun negara telah menerima kira-kira 7,000 pelancong China, sejak 8 Jan lepas.”

Untuk rekod, kes pertama COVID-19 (sebelum ini dikenali sebagai 2019-nCOV) dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari 2020.

Dengan 5,032,146 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,081,862) dan Ukraine (5,364,322).

Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (144,077) diikuti Korea Selatan (39,726) dan Taiwan (21,737).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,124,991 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 13 Jan 2023)

Orang ramai mengunjungi gerai-gerai pertanian pada program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian dan Persekutuan (FAMA) di pekarangan Masjid Ibadur Rahman Seberang Perai Utara, Kepala Batas. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia masih mempunyai 10,937 kes aktif COVID-19, dan sebanyak 10,467 (95.7 peratus) dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 453 kes (4.1 peratus) di hospital; 12 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 5 kes (0 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Jumlah pesakit diwadkan:-

7 Jan (236), 8 Jan (194), 9 Jan (150), 10 Jan (170), 11 Jan (162), 12 Jan (175). dan 13 Jan (150).

 

Kes sembuh:-

7 Jan (551), 8 Jan (441), 9 Jan (355), 10 Jan (393), 11 Jan (398), 12 Jan (625) dan 13 Jan (506).

*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 13 Jan 2023 sebanyak 4,984,301.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

7 Jan (11,431), 8 Jan (11,894), 9 Jan (11,414), 10 Jan (11,412), 11 Jan (11,372), 12 Jan (11,126) dan 13 Jan (10,937).

 

Perincian kes harian baharu (320 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 13 Jan 2023

*(+kes import)

Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes tiga angka - Selangor 105 (+0).

Kes dua angka - WP Kuala Lumpur 53 (+0), Sarawak 25 (+0), Melaka 24(+0), Pulau Pinang 18 +0), Perak 16 (+1), Johor 15 (+0), WP Putrajaya 13 (+0), Kedah 12 (+0) dan Negeri Sembilan 9 (+1).

Kes satu angka - Pahang 9 (+0), Sabah 6 (+0), WP Labuan 5 (+0), Kelantan 4 (+0), Terengganu 3 (+0) dan Perlis 1 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

7 Jan (23) - Kes baharu 571; Kumulatif kes 5,029,908; Kes import 4

8 Jan (23) - Kes baharu 405; Kumulatif kes 5,030,313; Kes import 8

9 Jan (23) - Kes baharu 383; Kumulatif kes 5,030,696; Kes import 2

10 Jan (23) - Kes baharu 380; Kumulatif kes 5,031,076; Kes import 11

11 Jan (23) - Kes baharu 367; Kumulatif kes 5,031,443; Kes import 2

12 Jan (23) - Kes baharu 383; Kumulatif kes 5,031,826; Kes import 2

13 Jan (23) - Kes baharu 320; Kumulatif kes 5,032,146; Kes import 2

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

7 Jan - 4 (BID 0), 8 Jan - 1 (BID 0), 9 Jan - 8 (BID 1), 10 Jan - 9 (BID 0), 11 Jan - 9 (BID 1), 12 Jan - 4 (BID 2) dan 13 Jan - 3 (BID 0).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 13 Jan 2023 sebanyak 36,908

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 670,814,498 berbanding 667,807,340 kes minggu sebelumnya dengan 6,727,074 kematian (Jumlah kematian minggu sebelumnya sebanyak 6,709,472 kes.

Sebanyak 642,033,588 kes sembuh dilaporkan berbanding 639,374,247 kes sembuh minggu sebelumnya.

Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 103,481,488 (+19,163)

India 44,681,884 (NA)

Perancis 39,442,176 (+6,238)

Jerman 37,594,526 (NA)

Brazil 36,623,217 (+20,548)

Jepun 31,176,281 (+144,077)

Korea Selatan 29,737,769 (+39,726)

Itali 25,363,742 (NA)

United Kingdom 24,210,131 (NA)

Rusia 21,846,722 (+5,078)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13 - 11,526,089 (+55)

Indonesia di tangga 20 - 6,725,458 (+363)

Malaysia di tangga 28 - 5,032,146 (+320)

Thailand di tangga 31 - 4,724,916 (NA)

Filipina di tangga 37 - 4,069,734 (+696)

Singapura di tangga 45 - 2,211,131 (+498)

Myanmar di tangga 84 - 633,741 (+10)

Brunei di tangga 107 - 272,646 (NA)

Laos di tangga 113 - 217,922 (+7)

Kampuchea di tangga 125 - 138,659 (+8)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).

-- Varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

-- Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.

-- Di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.

 

BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

© 2025 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.