<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 4 Feb hingga pukul 12:00tgh 10 Feb 2023.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.03 juta kes. Di peringkat global, lebih 677 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.77 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 649 juta.
Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 negara kembali menurun dengan hanya 1,230 kes dilaporkan untuk tempoh 4 Feb hingga 9 Feb 2023 berbanding peningkatan yang berlaku pada minggu sebelumnya.
Untuk rekod, jumlah kes harian baharu untuk tempoh 28 Jan - 2 Feb 2023 adalah sebanyak 1,629 dengan kes tertinggi 324 dicatat pada 2 Februari.
Daripada 269 kes harian baharu COVID-19 semalam (9 Februari), hanya 1 kes import dan sifar kes kematian dilaporkan. Sifar kematian turut dilaporkan pada 5 Februari dan 8 Februari.
Kumpulan kedua seramai 70 anggota, iaitu masing-masing 20 anggota SMART, 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 20 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm, 9 Feb 2023, kes aktif COVID-19 negara adalah sebanyak 9,786 dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,391 kes (96 peratus) menjalani kuarantin di rumah.
Sementara itu, daripada 269 kes harian baharu semalam, lapan (8) negeri melaporkan kes dua angka iaitu WP Kuala Lumpur (77), Selangor (65, Perak (19), Melaka (18), Sarawak (16), Pahang (15), Kedah (11) dan Johor (10).
Enam (6) negeri mencatat kes satu angka iaitu WP Putrajaya (9), Pulau Pinang (8), Sabah (8), Terengganu (7), Kelantan (3) dan Negeri Sembilan (3). WP Labuan dan Perlis mencatat sifar kes.
Secara keseluruhannya, sehingga semalam (9 Februari), Malaysia merekod sebanyak 5,038,812 kes COVID-19 dengan kes sembuh 4,992,080 dan 36,946 kes kematian. Pandemik COVID-19 mula melanda Malaysia pada 25 Januari 2020. Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik.
Dengan 5,038,812 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 28 daripada 229 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (5,133,941 kes) dan Ukraine (5,376,812 kes).
Dalam kalangan 229 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (32,969) diikuti Taiwan (20,920) dan Amerika Syarikat (18,717).
Amerika Syarikat mencatat jumlah kes kematian akibat COVID-19 tertinggi iaitu 1,139,674 kes.
Seramai 428 mangsa dari 103 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Dato' Seri Abdul Manan Ismail, Kuantan selepas kediaman mereka dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak malam pada 6 Februari lepas. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 4 Feb hingga 9 Feb 2023:-
(Data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 9 Feb 2023)
4 Feb (202), 5 Feb (211), 6 Feb (175), 7 Feb (184), 8 Feb (189) dan 9 Feb (269).
Kes baharu COVID-19 Rangkuman Mingguan Bernama 28 Jan 2022 hingga 3 Feb 2023:-
28 Jan (258), 29 Jan (269), 30 Jan (202), 31 Jan (251), 1 Feb (325), 2 Feb (324) dan 3 Feb (340).
Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 4 Feb hingga 9 Feb 2023 4 Feb (373), 5 Feb (299), 6 Feb (251), 7 Feb (631), 8 Feb (472) dan 9 Feb (465).
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
Dua orang kanak-kanak bermain di hadapan kawasan rumah mereka yang masih lagi digenangi air akibat limpahan Sungai Belat, Kuantan. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
(Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 9 Feb 2023)
Malaysia masih mempunyai 9,786 kes aktif COVID-19, dan sebanyak 9,391 (96 peratus) dikuarantin di rumah.
Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 387 kes (4 peratus) di hospital; 4 kes (0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 4 kes (0 peratus) di ICU memerlukan ABP.
Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu
Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala
Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru
Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru
Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen
Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Jumlah pesakit diwadkan:-
4 Feb (122), 5 Feb (146), 6 Feb (132), 7 Feb (118), 8 Feb (146) dan 9 Feb (128).
Kes sembuh:-
Raptai penuh sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen ke-15 sedang dilaksanakan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Istiadat sebenar Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen ke-15 akan berlangsung pada Isnin, 13 Februari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
4 Feb (275), 5 Feb (272), 6 Feb (196), 7 Feb (253), 8 Feb (279) dan 9 Feb (375).
*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 9 Feb 2023 sebanyak 4,992,080.
Kes import
4 Feb (6), 5 Feb (2), 6 Feb (1), 7 Feb (2), 8 Feb (1) dan 9 Feb (1).
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
4 Feb (10,136), 5 Feb (10,075), 6 Feb (10,053), 7 Feb (9,982), 8 Feb (9,892) dan 9 Feb (9,786).
Perincian kes harian baharu (269 kes) :-
*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 9 Feb 2023
*(+kes import)
Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM
Kes dua angka - WP Kuala Lumpur 77 (+0), Selangor 65 (+0), Perak 19 (+0), Melaka 18 (+0), Sarawak 16 (+0), Pahang 15 (+0), Kedah 11 (+0) dan Johor 10 (+0).
Kes satu angka - WP Putrajaya 9 (+0), Pulau Pinang 8 (+0), Sabah 7 (+1), Terengganu 7 (+0), Kelantan 3 (+0) dan Negeri Sembilan 3 (+0).
Kes sifar - WP Labuan dan Perlis.
Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-
4 Feb - Kes baharu 202; Kumulatif kes 5,037,784; Kes import 6
5 Feb - Kes baharu 211; Kumulatif kes 5.037,995; Kes import 2
6 Feb - Kes baharu 175; Kumulatif kes 5,038,170; Kes import 1
7 Feb - Kes baharu 184; Kumulatif kes 5,038,354; Kes import 2
8 Feb - Kes baharu 189; Kumulatif kes 5,038,543; Kes import 1
9 Feb - Kes baharu 269; Kumulatif kes 5,038,812; Kes import 1
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.
4 Feb - 1(BID 0), 5 Feb - 0 (BID 0), 6 Feb - 1 (BID 1), 7 Feb - 2 (BID 0), 8 Feb - 0 (BID 0) dan 9 Feb - 0 (BID 0).
*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 9 Feb 2023 sebanyak 36,946.
STATISTIK GLOBAL COVID-19
Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 677,074,773 berbanding 675,993,329 kes pada minggu sebelumnya dengan 6,778,793 kematian. Jumlah kes kematian minggu lepas sebanyak 6,789,764 kes.
Kes sembuh terkini sebanyak 649,589,647 berbanding 648,291,872 kes pada minggu sebelumnya.
Sebanyak 229 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Jepun, Korea Selatan, Itali, United Kingdom dan Rusia.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
*Tiada maklumat (NA).
Amerika Syarikat 104,731,504 (+18,717)
India 44,683,748 (+NA)
Perancis 39,555,761 (+3,653)
Jerman 37,879,714 (NA)
Brazil 36,907,890 (+9,733)
Jepun 32,879,625 (+32,969)
Korea Selatan 30,311,979 (+14,664)
Itali 25,488,166 (NA)
United Kingdom 24,293,752 (NA)
Rusia 22,035,133 (+12,301)
Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif
COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).
Vietnam di tangga 13 - 11,526,627 (+17)
Indonesia di tangga 20 - 6,732,179 (+220)
Malaysia di tangga 28 - 5,038,812 (+269)
Thailand di tangga 31 - 4,727,236 (NA)
Filipina di tangga 37 - 4,074,299 (+162)
Singapura di tangga 45 - 2,220,999 (+465)
Myanmar di tangga 84 - 633,859 (+9)
Brunei di tangga 107 - 276,825 (NA)
Laos di tangga 113 - 217,996 (+4)
Kampuchea di tangga 125 - 138,700 (+NA)
-------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).
-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.
-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- Senario fasa pra endemik di Malaysia menunjukkan dominasi varian XBB, hasil survelan genomik SARS-CoV-2 (virus yang mencetuskan penyakit COVID-19) di negara ini sepanjang Disember 2022 iaitu merangkumi sebanyak 55.4 peratus, diikuti varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).
-- Varian XBB masih varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia).
-- Salah satu subvarian Omicron yang pada asalnya dikesan pada Oktober 2022 ialah XBB.1.5 - rekombinan dua BA.2 sublineage - diberitakan sedang meningkat di Amerika Syarikat serta Eropah dan dikenal pasti di lebih 25 buah negara. Para pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpotensi mencetuskan gelombang besar COVID-19. WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5 ini.
-- Di negara China, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.
-- Daripada kes harian baharu yang pernah memuncak melebih 30 ribu (33,406 pada 5 Mac 2022), kes harian baharu COVID-19 negara menyusut dengan kes terendah sebanyak 101 dilaporkan pada 24 Januari 2023. Untuk rekod, jumlah kes aktif COVID-19 negara pada 5 Mac 2022 adalah sebanyak 311,206.
BERNAMA